Isnin, 10 Julai 2017

at Terengganu with bestie





Alhamdulilah....
dah lama tinggai Sony Vegas nak refresh balik tu lahai...
siap jugak...fuhh... tpi cincai2 jela..

Terengganu antara negeri Favourite BKT...tempat yang cantik dan menenangkan..seronok ambik gambar...
melihat ciptaan Allah yang terbentang luas hilang segala kekusutan
tapi sayang tak lama kat sana...

nanti gi lagi..dekat je pun
ni antara trip BKT bajet termurah...
- sebab tu jalan2 masa bujang boleh bajet murah..eh! tetibe
- makan orang sponsor, tidur rumah mira..
- tiket bas RM17 (one way) - Tanah Merah >>> k.terengganu
- naik bas dari Batu Rakit >> Kuala Besut RM8 je

...balik jeli tumpang kawan... hihihi..

btw..thanks buddy! im happy

#sotongudang
#ganu
#sekkepok #sekpenyu
#MYTRIPMYADVENTURE

Selasa, 30 Mei 2017

“Perjalanan Musafir Sahabat Haraki”




[cerpen ini diadaptasi daripada kisah benar]

Sedang aku termenung di tingkap, aku memandang Pah, tekun menyiapkan kerjanya. Jam menunjukkan pukul 4:55 petang. Orangnya tidak suka bertangguh, dia cuba menyiapkan kerjanya sebelum balik. 

Aku : Pah, dah lah tu buat kerja. Nak balik dah ni. Kemas cepat

Pah : sikit lagi sikit je…(tangan Pah masih lagi laju menulis, aku hanya memandang gelagatnya yang sedikit kelam-kabut)

Aku : cepat la, lambat la kau ni. Aku tinggal kang baru tahu

Pah : tunggu la dulu. Sikit lagi. Diam kejap boleh tak 

Aku : cepat ah, lambat betul. (sengaja aku melakukan provokasi)

Pah : aish… (Pah mengeluh)
Aku tersenyum melihat gelagatnya yang kelam-kabut. Muka dia dah masam mencuka.

Aku : weh, 18 Febuari ada Himpunan RUU 355.

Pah : hmmm…

Aku : nak pegi naik apa?

Pah : entah. Weh, kau ni, aku dah la lambat, kau pulak ajak borak pasal ni. Malam karang kita bincang

Aku : yela senget.hehe 

Memang hobi aku menyakat Pah. Hari-hari la aku sakat. Sahabat yang sabar melayan sifat nakal aku ni. Kadang-kadang aku selalu kena marah , ala…marah sayang.. hehe
___________

Lepas solat isyak berjemaah , aku ke katil Pah bagi membincangkan hal petang tadi. Aku menunggu Pah siap menghabiskan bacaan al Qurannya. Memang rutin harian membaca al Quran wajib dibaca walau sibuk mana pun bekerja kerana al Quran bakal menjadi hujah kepada manusia di akhirat kelak. Selain itu, al Quran menjadi cahaya di alam barzakh.

Pah : sadaqollah hul aziim…..(dia memandang aku yang terbaring di sebelah) haa…ni datang bertenggek kat aku ada la benda nak cakap ni.

Aku : hehehe.. mestilah. Pasal tadi

Pah : Himpunan tu ke?

Aku : ha’ah, sekarang aku ada masalah kewangan la nak naik bas ke sana. Tapi aku nak sertai

Pah : aku pun. Duit pun ada sikit untuk makan bulan ni. Nak naik apa ea?

Aku : naik motor nak?

Pah : seriously ? are you kidding? Jauh weh. Hampir 250KM kut ke sana. (Pah terkejut)

Aku : tapi kalau dengan izin Allah tak mustahil (aku tersengih cuba meyakinkan Pah)

Pah : kau tak takut ke jadi apa-apa?

Aku : takut tu memang lah takut. 

Pah : hmm… kalau macam tu kita pergi servis motor esok lepas kerja

Aku : hah? Macam mana kau tiba-tiba nak pergi ni?

Pah : haha…masa ni la kita uji kebergantungan kita kat Allah. Tak beriman seseorang itu tanpa diuji. Lagipun, bermusafir ni banyak pahala.

Aku : haa… baik al fadilah ustazah Pah. (hehe)

__________

Selepas dari kerja, kami ke bengkel motor. Kami berdua buta ilmu pasal motor jadi kami hantar sahaja ke bengkel. Setelah Uncle Lee memeriksa motor kami, rupanya hanya tayar kurang angin, lalu dipam. Tiada bayaran diminta oleh Uncle Lee. Hal pertama yang Allah permudahkan.
Sampai sahaja di rumah, kami mencuci motor. 

Irah : korang kenapa bersungguh sangat cuci motor ni?

Pah : kami nak gi KL esok

Irah : haa?? Dengan motor? Biar betul

Aku : betul la. Ingat kami main-main

Irah : weh, jangan buat kerja giler

Aku : dah gila dah pun. Hahaha. Ok, melawak je.

Irah : suka hati la. Hati-hati (dia berlalu menyiapkan masakannya di dapur, mungkin malas agaknya melayan kerenah kami)

Irah merupakan kawan serumah kami. Kami baru sahaja menyewa rumah di Ipoh dan ramai kawan-kawan serumah yang baru kami kenal. Aku dan Pah kenal hampir 3 tahun. Kami kenal juga melalui usrah di kampus dulu. Mula rapat sejak bekerja sekali.

Aku : Pah, muktamad dah ke keputusan ni? 

Pah : hmmm (jawab selamba dari Pah sambil tangannya laju mencuci motornya)

Aku : kau tak takut ?

Pah : takut tu memang la. Kau yakin ke? Kalau jadi apa-apa kat kita macam mana? 
(mukanya terpancar kerisauan)

Aku : kalau mati pun syahid kecil sebab niat bantu Islam

Pah : kalau kau yakin aku yakin. Aku memang bergantung kat Allah je ni. dan Allah pernah berfirman “kepunyaan allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nyalah di kembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakalah kepadaNya . dan sekali-sekali tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan”

Macam biase dalil al Quran diberikan. Segala hujah dan percakapannya memang tidak lari dari dalil dan hadis. Pasti akan terselit juga walau sedikit. Kadang-kadang nak tenang suruh je Pah tazkirah..haha…

Aku : sebelum bertolak esok kita solat hajat dulu. Pukul 4 pagi kita bertolak

Pah : okay…. Nanti charge powerbank, telefon pastikan bateri penuh

Mungkin bagi lelaki menunggang motosikal beratas-ratus kilometer itu biasa tetapi bagi kami ia luar biasa. Malah, kami tidak berkonvoi. Hanya kami berdua dan mengharapkan kebergantungan pada Allah . kami juga tiada ilmu tentang permotoran. Jika berlaku sesuatu pada motor tidak mungkin kami dapat membaikinya walaupun itu hanyalah tayar pancit.

_________

PERJALANAN BERMULA.....

Jam menunjukkan pukul 4:10 pagi. Setelah selesai solat hajat, doa dipanjatkan agar perjalanan kami selamat sampai dan dipermudahkan. Kami bersiap memulakan perjalanan. Kami membawa roti dan air untuk mengalas perut kami. Kami turut mengisi minyak petrol di dalam tangki dan botol kosong. Kami memulakan perjalanan. lokasi dari ‘google map’ menunjukkan sejauh 210KM perjalanan. fuhh.. jauh juga

Cuacanya agak baik. Alhamdulilah.

Perjalanan yang sangat mencabar. Badan kami melawan kesejukan, kami mula menggigil. Baju sejuk yang dipakai kami seakan-akan tidak membantu. Angin sejuk mencucuk tulang belulang.

Baru kami sedar selalunya konvoi motosikal berkuasa besar mereka pakai baju yang sangat tebal serta penutup muka. Kami mula memasuki lebuhraya utara selatan, jantung mula berdegup kencang , tangan dan kaki mengigil kesejukan dan ketakutan. 

Disebabkan kami tidak memakai penutup muka atau kain, dada mula rasa sakit sedikit. Aku mendengar Pah tidak putus-putus membaca ayat seribu dinar dan berzikir. 

Pah : okay ke tak ni ! (jerit Pah dari belakang setelah lama aku senyap sambil tangannya menyentuh bahu aku.

Aku : okay ! (aku mengangguk perlahan)

Pah : kalau penat kita tukar ! 

Aku : dekat RnR kita tukar ! (jerit aku dari depan)

Jalan sangat gelap. Jalan hanya diterangi dengan lampu motor kami. Di sekitar kami sangat gelap gelita. Kami ditemani dengan lori-lori besar, agaknya lebih dari 10 buah lori dan kami berjaya potong.

 Pesan abang Pah , di jalanraya jauhkan diri dari lori, ikut jauh atau potong kerana lori banyak kawasan titik buta pada cermin, kemalangan juga boleh berlaku disebabkan pemandu lori tidak nampak motosikal di belakangnya.
Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi, masih awal untuk solat subuh. Jadi kami berehat sebentar dan ke tandas. Masa untuk menukar pemandu. Kali ini Pah yang bawa.

Pah : nak isi minyak tak ?
Aku : next RnR la. Banyak lagi minyak ni.
Pah : next kat mana?
Aku : maybe 20-20KM lagi (dengan yakinnya aku bagitahu, walaupun aku sendiri yang mengagak)
Pah : okay. Jom. Bismillah 

Dengan ‘bismillah kami melangkah’ cehh. Macam lagu..hehe.. 

Kami meneruskan perjalanan kerana perjalanan masih lagi berbaki 160KM lagi.
Selepas 30 minit perjalanan, aras minyak petrol dah menunjukkan tanda ‘E’. RnR yang aku janjikan masih tiada lagi. Kami berhenti di tepi jalan bagi mengisi petrol yang masih berbaki di dalam botol.  Hanya itu sahaja petrol yang kami ada.

Paras minyak petrol meningkat sedikit. Kami meneruskan perjalanan lagi. Maka kami tiba di RnR Behrang. Seperti tadi minyak di paras ‘E’. kami mencari stesen minyak di RnR Behrang, malangnya stesen minyak RnR Behrang dibaik pulih.

Ingin sahaja bertanya kepada orang disekeliling tetapi melihatkan sekumpulan lelaki sedang menghisap rokok, seakan-akan membahayakan diri pula maka kami batalkan sahaja niat kami.

Telefon pintar kami menunjukkan stesen seterusnya lagi 40KM. kami sememangnya sangat risau. Minyak yang diparas ‘E’ tidak mampu sampai untuk 40KM. Hanya Allah sahaja tempat kami bergantung.

Aku : Pah, stesen minyak tengah renovate ni.. camne? Cuak

Pah : alahai…camne ni?

Aku : dah pukul 6:40 pagi ni. Solat subuh dulu la, jom cari surau. Nanti call Plusline

Puas kami mencari surau , yang ada hanya tandas. Hati kecewa juga. Apa boleh buat kami ambil wuduk di tandas. 

Pah : solat kat mana ni? Takde rupa surau pun

Aku : aku nampak macam pondok kecik kat tepi sana tu.

Pah : okay jom. Pakaian kita pun boleh solat dah ni. 

Kami berjalan ke arah pondok seakan tempat berehat. Kelihatan ada sejadah disediakan. Peristiwa kedua Allah permudahkan.

Aku : wah, ada sejadah la (aku terus mencapai sejadah yang terlipat disana, seolah-olah Allah telah memudahkan urusan kami)

Pah : weh, orang kat sana pandang kita (jari telunjuknya mengarah ke arah orang yang sedang berehat di tempat parkir)

Aku : haha..biar lah nak pandang ke tak. Masalah sekarang ni, subuh kita dah lewat.

Pah : yela udang pendek. Cepat ah jadi imam.

Aku : aku pulak. Kau lah ! 

Masing-masing menolak antara satu sama lain. Akhirnya Pah mengalah dengan budak kecik..haha.. 

Seusai solat, doa dipanjatkan agar kami mampu sampai ke destinasi seterusnya. Perasaan hiba menyelubungi. Entah kenapa hati berasa amat tenang walaupun sedang menghadapi masalah. Suasana sejuk dikelilingi hutan menambahkan lagi rasa cinta pada Sang Pencipta Alam. Dengan suasana yang masih gelap kami menghubungi Plusline.

Aku : diorang cakap lagi 10KM ada stesen minyak.

Pah : sempat ke ?

Aku : entahlah. Kalau ikutkan macam tak sempat. Tapi tak mustahil dengan kuasa Allah.

Pah : inshaa Allah

Kami tak berani untuk melihat minyak di dalam tangki kerana risau kami akan bergantung pada minyak yang kami ada. Sepatutnya bergantung pada Allah semata-mata.
10KM sudahpun berlalu. Hati kami mula risau, katanya 10 KM tetapi macam dah lebih. 

Tiba-tiba ada papan tanda menunjukkan RnR seterusnya lagi 10KM ke RnR Ulu Bernam.
‘ha! 10KM lagi sampai ke tak ni? Tiba-tiba motor ni mati macam mana? Ada ke orang nak tolong waktu macam ni. Hari pun masih gelap.’ hati bermonolog

Tiba-tiba Pah memegang bahu aku.

Pah : jangan risau, teruskan sahaja . Inshaa Allah sempat sampai (jerit Pah dari belakang)

Pah ni macam paham je isi hati aku. Mungkin dia juga mula risau’ aku bermonolog

      Akhirnya dengan kuasa Allah, kami sampai di RnR Ulu Bernam jam 7:30 pagi. Kami terus mengisi minyak. Pengajaran buat kami supaya setiap kali di RnR perlu isi minyak walaupun masih banyak. Semasa sampai di stesen minyak, kelihatan banyak bas sedang parkir semua penumpang memakai baju berwarna ungu. Gayanya seperti ingin ke himpunan tersebut.

Sekumpulan lelaki menaiki motor berkuasa besar sedang mengisi minyak. Mereka memandang tepat ke arah kami. Mungkin pelik agaknya melihat dua orang gadis menaiki motosikal di lebuhraya utara selatan. Mungkin mereka juga ingin ke himpunan itu juga. Kami berlagak seperti biasa walaupun situasi itu sangat janggal.

Alhamdulilah kami meneruskan perjalanan yang memakan masa lagi 45 minit untuk sampai. Matahari juga sudah mula memacarkan cahayanya. Kami sedikit tenang dan bersyukur kerana kami percaya dengan kuasa Allah. Dengan kuasa Allah tiada yang mustahil.
Tepat jam 9:00 pagi kami sampai ke destinasi…..kami melakukan sujud syukur kerana Allah memelihara kami.

         Kami berehat sebentar di rumah sahabat. Ramai sahabat mendoakan keselamatan kami. Mereka juga risau dengan keselamatan kami, ada yang menghalang tetapi apakan daya kami sudah membuat keputusan. 
________
Pada tarikh 18 Febuari 2017 berlangsunglah Himpunan RUU 355 yang ingin memartabatkan hukuman syariah di Malaysia. Kami menyokong kerana seharusnya undang-undang syariah diperkuatkuasakan. Kami berada di sana dari pagi sampai ke malam. Pada malamnya, hujan agak lebat. Tetapi kami mampu tersenyum, senyuman yang puas.
“Allah, andai aku mati, semoga padang
Merbok ini menjadi saksi perjuangan ini. Perjuangan membantu agamaMU”

Kami basah lencun tetapi tidak mampu menggugat pendirian kami. Sudah jauh kemari mana mungkin pulang tanpa apa-apa.

Aku : Pah, kita dah basah lencun

Pah : apalah sangat air hujan ini dengan perjuangan Nabi dahulu. Nabi dahulu pernah dibaling dengan tahi unta, pernah dibaling dengan batu malah ancaman bunuh kepadanya

Aku : hmm..betul juga. Kita masih muda, masih kuat, masa pun masih banyak. Masa sekaranglah kita berbuat untuk Islam.

Pah : baju basah boleh tukar..hehe (masih Nampak senyuman Pah didalam nyalaan lampu yang samar-samar)

Aku :  jangan demam sudah

Pah : inshaa Allah. Aku demam kau ada.

Aku : aih, kau ni senget.
Hahahaaha.
___________

Keesokkannya,tibalah masa untuk kami pulang ke Ipoh, perjalanan bermula jam 3 petang.

Perjalanan pulang di siang hari,
Permandangan yang sebelum ini kelam,
Rupanya sungguh indah,
Bukit bukau yang menyamankan,
Langit kebiruan yang mendamaikan,
Allah hadiahkan aku pelangi,
Senyumanku terukir dibibir..
Wah! Sungguh cantik!
Sesungguhnya perjalanan musafir itu sungguh indah.
Makin Indah jika ia bersama sahabat

aku : Pah, aku akan ceritakan kepada semua orang tentang perjalanan kita ini

Pah : jangan lupa ceritakan pasal aku juga pada anak cucu kau. hehe. "perjalanan musafir sahabat haraki"

aku : inshaa Allah.. aku janji


Sekian ~~

Pengajaran : TAWAKAL bermaksud pengertian tawakal secara istilah adalah rasa pasrah hamba kepada allah swt yang di sertai dengan segala daya dan upaya mematuhi, setia dan menunaikan segala pertintahNya.
Sejauh mana tawakal kita kepada Allah. Tawakal tanpa ragu-ragu itu yang terbaik

Allah berfirman “ dan hanya kepada allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang beriman.” Al Maidah:23


 @budakekechiktarbiah
#budakkechiktarbiah
#BKT

thanks to Yaqut Darwisya(Pah)
from BKT

Isnin, 29 Mei 2017

(USAH LAYAN AKU BEGINI…Nasha, kau akan terbeban)


Kisah ini bukan kisah cinta cintun. Kisah aku kisah persahabatan. Kalau rasa meluat dilarang baca.

Aku dapat melanjutkan pelajaran di Universiti dalam kos fisioterapi..  aku seorang yang berdikari dan selalu kesana kemari seorang diri, orang panggil aku “lone ranger” . Aku suka buat hal sendiri sehingga tabiat ini terbawa-bawa ke kampus sampai sekarang. 

Apabila melangkah ke kampus, aku mula bergiat aktif dalam persatuan Islam. Aku berkawan dengan semua orang. Pada mulanya perkataan “sahabat” sukar disebut kerana aku punya kisah silam yang sungguh aku “fobia” untuk bersahabat. Berkawan hanya sekadar suka-suka.

Di zaman sekolah aku tahu perkataan “ukhwah” tetapi tidak begitu ambik serius . aku hanya dengar dan tidak mendalaminya... masuk sahaja di kampus aku berminat mengikuti usrah. Dalam usrah aku kenal ramai kawan.

 Aku selalu mengikuti usrah bersama Nasha(bukan nama sebenar). Dia sama kos, sebilik dan sekelas dengan aku. Dia mengikuti usrah setelah melihat aku menyertainya beberapa kali. Jadinya, aku ajak dia sekali.

Aku ikuti seperti biasa, pada suatu hari naqibahku menerangkan satu tajuk iaitu ukhwah.

Naqibah : sahabat-sahabat tahu apa itu ukhwah? (dia memandang kami meminta jawapan)

Kami : persaudaraan

Naqibah : tepat sekali, Ukhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa. Ukhwah ada tiga tahap untuk mengukur sejauh mana ukhwah kita.

Aku : oh, 3 tahap ye. Tak tahu pula.

Naqibah : ya, 3 tahap (tersenyum). Imam Hassan al-Banna meletakkan 3 tahap ukhuwah. 1) Salamatul sodri (berlapang dada), 2) musawah (kesamarataan) 3) Ithar (melebihkan kepentingan sahabat melebihkan kepentingan sendiri ……….

Kami mendengar dengan tekun. Diperjelaskan dengan contoh dan situasi bagi memantapkan kefahaman kami. Maka usrah pada hari itu berakhir dengan doa rabithah, Ilmu baru untuk aku dan Nasha. 

Dalam perjalanan pulang ke bilik, lamunanku terawang-awang. 

Aku sering mempersoalkan bagaimana ukhwah yang sebenar?
Susah senang bersama? Masih wujudkah sahabat sebegitu?
Ukhwah fillah itu bagaimana?

_________

Aku dan Nasha sangat meminati sukan badminton. Kami mewakili universiti kami 2 tahun berturut-turut. Kami mempunyai minat yang sama. Hobi kami juga sama. Setiap petang jika ada masa terluang pasti gelanggang badminton tempat kami menghabiskan masa. Ya, kami berdua berbadan kecil tetapi kelincahan kami sukar dicabar.. cehh,, #poyo

Kami berlatih untuk mewakili universiti kami bagi kategori regu wanita. Sedang kami leka bermain tiba-tiba, “prap!!”

Kaki aku terseliuh (ankle sprain) dan sakit. Aku terjatuh. Ini kali kedua aku terseliuh tahun sebelumnya.

Nasha : weh, kau ok tak ni? Boleh bangun tak? (Nasha berlari anak menghampiri aku)

Aku : macam tak boleh je ni.sakit dan bengkak ni.

Nasha : aku beli ais kejap. (dia bangun lalu berlari untuk membeli ais. Kecederaan sukan sememangnya dalam bidang kami)

dia cuba tuam kaki aku dengan ais. Muka aku sudah berkerut-kerut.

Nasha : jomlah balik.
Aku : hmm..jomlah.

Nasha memapah aku balik ke bilik yang agak jauh. Aku terhinjut-hinjut menahan kesakitan. Sampai sahaja ke bilik, aku melihat dia termengah-mengah dan berpeluh, aku kesian tengok dia bersusah-payah menolong aku.

Aku : aku nak mandi (aku sedaya upaya menapak ke tandas sambal tangan berpaut di dinding)

Nasha : meh aku tolong

Aku : tak payah la! (nada aku agak tinggi, entah kenapa. Mungkin kerana kecewa dengan diri sendiri, aku ego.. aku tidak suka orang melihat aku lemah)

Setelah keluar dari bilik air dan memakai baju dan duduk termenung di atas katil.

Nasha : kau okay tak ni? Jom pergi klinik.

Aku : macam malas je. Jauh sangat, aku macam tak dapat jalan jauh ni.

Nasha : aku call kak hafizah untuk ambik kau dan hantar ke klinik ye.

Aku : menyusahkan je. Tak payah lah!

Nasha terus menekan-nekan telefon pintarnya dan menghubungi kak hafizah. Aku tidak mampu menghalang , kerana aku tahu dia bukan jenis senang dihalang. Aku akur.
Sampai sahaja kak hafizah ke kolej kami. Dia menumpangkan kami ke klinik kesihatan universiti. Sebenarnya klinik itu  jauh untuk berjalan kaki dan memerlukan kenderaan untuk ke sana, dengan kondisi aku sekarang aku tidak mampu berjalan. Kaki aku juga sudah membengkak. kak Hafizah kami kenal juga dalam program-program di surau. Kami mula rapat dengannya dari program juga.

Setelah berjumpa doktor, doktor memberitahu aku "ankle sprain grade II" dan aku perlu menggunakan tongkat untuk beberapa hari. 

Doktor: awak perlu guna tongkat untuk beberapa hari. Jangan pijak selagi ada rasa sakit seeloknya 7 hari. Aku perlu “bandage” (balut) untuk kurangkan bengkak dan bagi stabilkan  kaki. Awak fisio kan, mesti tahu cara balutan. Hehe (dia ketawa kecil)

Aku mampu mengangguk. “beberapa hari guna tongkat? Macam mana nak main” aku bermonolog.

aku : bila saya dapat main ?

doktor : seeloknya elakkan dulu main badminton sehingga sembuh sepenuhnya. Awak tahu, sekali tear(koyak) ligament selama-lamanya begitu. Kalau complete tear, awak kena operate tahu tak?

Aku : hmm.. baiklah (nada mula kendur)

Mata aku mula menitiskan air jernih. Setelah berbulan-bulan berlatih hanya tinggal 3hari sahaja lagi untuk pertandingan potensi untuk aku kembali bermain nampaknya tiada harapan. Aku kecewa dengan diri sendiri. Aku mengecewakan Nasha, dia juga sudah berlatih bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan banyak masa untuk berlatih. Aku keluar dari klinik dengan bertongkat.
 
Aku : jomlah pergi kelas. 

Nasha : boleh tak jalan pakai tongkat ni?

Aku : boleh. Pelan-pelan

Nasha : aku dah bagitahu madam kita lambat

Aku : aku dapat MC, kau pegilah kelas

Nasha: kau nak balik macam mana nanti?

Aku :aku call kak hafizah

Nasha : dia ada kelas la

Aku : hmmm…aku pegi kelas la macam tu 

Nasha : aku ponteng takpe.
 
Aku : tak payah buat keje giler. Jom pegi kelas!

Nasha pun akur setelah aku sudah bernada tinggi. Ego aku masih lagi menguasai. Aku kerap bernada tinggi kerana emosi aku sudah terganggu. Sememangnya sangat payah menggunakan tongkat. Kelas pula jauh. Aku mengambil masa 15 minit berjalan ke kelas dengan keadaan bertongkat. Di dalam kelas semua kawan-kawan memandang ke arah aku. Maklumlah semalam elok sahaja, hari ini bertongkat.

Pada petang itu, aku terpandang baju aku yang kotor di dalam baldi sudah penuh. Sememangnya aku tidak mampu mencangkung atau berdiri lama sebelah kaki. Aku biarkan sahaja baju itu. Aku mula berehat.

Azan berkumandang menandakan masuk waktu maghrib. Nasha terpandang aku yang terkial-kial ke bilik air. Dia memapah aku ke bilik air.

Aku : aku boleh la. Tak payah tolong takpe (aku melarang Nasha memapah aku ke bilik air)

Setelah aku mengambil wuduk aku terpandang kerusi bersama kain telekung disediakan Nasha. Dia tahu aku tidak mampu solat berdiri lalu disediakan kerusi buat aku. Aku terharu. Ingin sahaja aku mengucapkan ‘terima kasih’ tetapi tidak terungkap di bibir. Aku ego

_________

Keesokkannya, selepas subuh aku kembali sambung tidur kerana kelas dibatalkan. Badan berasa amat penat. Aku tersedar pukul 9 pagi. Aku mencari baldi baju tetapi tidak menjumpainya. 

‘mana pulak aku letak baldi aku ni? Takkan orang curi kut’ aku bermonolog

Nasha : cari apa? (tegur Nasha dari belakang)

Aku : cari baldi aku. Aku rasa letak sini semalam. Pelik

Nasha : aku dah basuh baju kau , dah jemur dah pun. Baju yang dah kering aku dah lipat masuk loker kau dah.

Aku tergamam
Aku : hah? Basuh tangan?

Nasha : pastu basuh dengan apa lagi? Dah, pergi rehat sana.

Aku : aku boleh buat la. Tak payah la susah-susah. (tanpa ucapan terima kasih aku pula memarahinya. Aku tidak suka kelihatan lemah)

Wajah Nasha terpancar kekecewaan dengan sikapku. Dia berlalu meninggalkan aku. Aku perasan perubahan air mukanya. Dia menyarung tudung labuh dan memakai stokin lalu keluar dari bilik. Aku pula tidak bertanya dia ingin kemana mungkin juga sedih dengan sikap aku.

Aku membuka almari. Kelihatan baju aku tersusun rapi. Baju yang telah dibasuh juga telah dijemur.

Aku termenung.
 ‘kenapa aku berkelakuan begini ya Allah. Kenapa aku terlalu ego? Dia baik ya Allah’ hati aku sebak.

Nasha : weh, ni nasi tengahari kau (tegur Nasha sambil meletakkan sebungkus nasi di atas meja aku menghentikan lamunan aku)

Aku : err…ter….terima kasih (akhirnya kata-kata ini keluar dari bibir aku)

Nasha : sama-sama (dia tersenyum) makanlah. Aku tahu kau susah nak pegi beli makanan

Aku : nanti aku makan (aku cuba menahan tangisan. Terharu dengan sikapnya. Selama ini aku tidak pernah menghargainya)

__________

Selepas isyak aku termenung di tingkap. Nasha di sebelah sedang mengadap laptop.

Aku : hmm.. Nasha, aku rasa aku tak dapat masuk pertandingan badminton tu
.
Nasha : tak pe… aku pun tak masuk 

Aku : kenapa pulak? Ganti la aku dengan partner lain

Nasha : tak best la partner aku tak de

Aku : tapiiii kau kan dah lama berlatih. Lain kali aku join

Nasha : ni last year kita dapat join. Tahun depan habis dah. Relaks la….selama ni bersahabat takkan aku nak tinggalkan kau sorang. Susah senang bersama. (laju sahaja kata-katanya menutur di bibir sambil mata mengarah ke skrin laptop)

aku termenung dan tertunduk.

“sahabat? Inikah maksud tahap ukhwah ketiga ? Ithar (melebihkan sahabat)?
Sedangkan Nasha mampu untuk sampai ke tahap ketiga
Aku tahap pertama pun tidak mampu untuk melepasinya?
Aku sahabat tak guna
Mungkin dia, dia......dialah sahabat aku”


Nasha : weh, asal kau nangis ni?

Aku : tak de apela. Terima kasih

Nasha : terima kasih untuk?

Aku : untuk segalanya. Usah layan aku begini nanti kau terbeban

Nasha : bebanan aku membawa pahala. Sekali sahabat, selamanya sahabat. (senyum)

Nasha sangat baik, saat aku terleka dia yang mengingatkan aku. Dia cuba nasihati aku. Sama-sama nak jadi baik. Dia banyak tolong aku dalam gerak kerja. Dia juga sahabat yang sabar mengajar aku dan sabar melayan kerenah aku. 

Kini aku mengerti maksud sahabat
Kawan-kawan, buanglah egomu untuk satu persahabatan. Kerana sahabat itu mampu mengheret kamu ke Syurga. hargailah selagi ada kesempatan :)

Perumpamaan dari Sayyid Quthb :
“persaudaraan adalah mukjizat, wadah yang saling berikatan dengannya Allah persatukan hati-hati berserakan saling bersaudara, saling merendah lagi memahami, saling mencintai, dan saling berlembut hati”

Bersambung………………………..

Nantikan sambungan

#budakkechiktarbiah
@budakkechiktarbiah
29 mei 2017