CERPEN
: AKU BUKANLAH NUSAIBAH BINTI KA’AB
Tersedar aku dari tidur pada pukul 10
pagi. Bagiku masih awal kerana kelas tambahan dibatalkan. Selepas solat subuh
aku kembali menyambung tidurku, bagi aku itulah perkara paling nikmat bila dapat
tidur selepas subuh. Aku memeriksa telefon ternyata 10 mesej, dan 5 panggilan
tidak dijawab daripada Ammar , siapa lagi kalau bukan kekasih hati. Dengan madah
cinta dari Ammar aku hanyut dalam kemanisan cinta sang lelaki. Nafsu bersorak
riang. aku berasa disayangi dan diambil perhatian. Aku ingin melangkah ke kamar
mandi. Tiba-tiba telefonku berdering menandakan ada yang menghubungi. Tertera
nama rakan sekelasku, Nailah. Aku mengeluh ‘mesti Ilah nak ajak aku ke usrah’
aku mencebik lalu mengangkat panggilan Nailah.
“hello.” Sapa Adila. “assalamualaikum
Adila. Ilah nak ajak Adila ke usrah lepas zohor dekat surau sekolah bersama
naqibah kita.” Ajak Nailah . “err… waalaikumussalam. Adila sebenarnya nak study ni. Minggu depan dah nak exam percubaan SPM. Banyak benda Adila
tak baca lagi. Adila bimbang tak sempat” bohong Adila. Sebenarnya dia sangat
malas ke usrah. ‘Apa yang best sangat
usrah tu aku pun tak tahu’.
“oh yeke. Ilah harap Adila dapat
datang. Rugi tak datang. Allah pernah berfirman yang bermaksud “…apabila diminta kepada kamu memberi lapang
dari tempat duduk kamu maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan(segala
halnya) untuk kamu” (surah al Mujadalah ayat 11). Kalau kita lapangkan masa
kita untuk majlis-majlis ilmu nanti Allah akan lapangkan masa Adila untuk study.” Pujuk Nailah. “maaflah Ilah, bukan tak nak pergi tapi banyak
hal yang menghalang.” Aku tetap berdegil.
“baiklah Adila, Ilah tak boleh
memaksa. Lagipun usrah ni yang terakhir sebelum kita menghadapi peperiksaan.
Banyak tips-tips untuk menghadapi peperiksaan yang nak dikongsikan naqibah
kita. Kalau tiada hal yang menghalang Adila jemputlah datang. Akak Asiah dan
Ilah sentiasa menanti kehadiran Adila. assalamualaikum” kecewa Nailah. ‘Ilah
kau tak bosan ke selalu ajak aku usrah, sedangkan aku tak pernah datang pun ke
usrah. Apa benda usrah tu pun aku tak tahu. Alah tak pergi usrah pun tak apa
asal benda wajib semua aku buat. Solat 5 waktu aku cukup’ aku bermonolog
memujuk hati.
Pada malam itu, setelah menjawab
beberapa set soalan matematik aku menghidupkan kembali telefon. Banyak
panggilan dan mesej dari Ammar. Aku cuba menelefonnya kerana tidak sampai hati
membuatnya risau dan tertunggu-tunggu mesej dari aku. Berjam-jam aku bergayut
sehingga pelajaran aku sudah ketepikan. Aku berasa bahagia dan disayangi
bersama Ammar.
Keesokkan hari persekolahan, aku masuk
ke dalam kelas dengan penuh ceria. Aku melihat ramai kawan-kawan aku berkumpul
di belakang membentuk satu bulatan. Akan tetapi Nailah tidak menyertai mereka.
Dia sedang khusyuk membaca al Mathurat. Hatiku memuji dirinya. Malangnya, aku
cenderung untuk menyertai rakan-rakanku yang sedang bergosip di belakang kelas. Setibanya aku ke tempat
mereka, mereka semua terdiam. Aku perasan perubahan riak muka mereka. Aufa
seolah-olah mengubah topik perbualan. Aku pelik. Belum sempat aku bertanya,
guru matematik melangkah masuk ke dalam kelas. Masing-masing kembali ke tempat
sendiri. Sepanjang proses pembelajaran aku tidak dapat menumpukan perhatian.
Rakan-rakan aku seakan-akan menyembunyikan sesuatu. Aku malas mengusutkan
kepala bertanya rakan aku di sebelah dan aku cuba untuk memberikan sepenuh
perhatian. Kelas telah tamat, aku berjalan pulang ke rumah. Dalam perjalanan
pulang, Farouq menegur aku dari belakang. “hai Adila. Kau Nampak ceria aje. Tak sedih
ke?” Tanya Farouq. “hah? Nak sedih kenapa?”aku bingung.
“kentalnya hati kau dengan Ammar ye.
Entah-entah kau pun sama permainkan dia. Haha. Elok la kalau dua-dua macam tu
baru sepadan”
“woi mulut jaga sikit. Aku tak faham
la. Aku permainkan dia? Selama ni aku setia kat dia” Kata aku. “bodohnya kau Adila.
Percayakan lelaki macam Ammar tu. Kau tahu tak bila aku tanya dia pasal
hubungan korang dia cakap kau dengan dia tak ada apa-apa. Aku saja je nak tanya. Lepas tu dia cakap kau je
yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Aku agak terkejut jugak sebab dia cakap macam
tu” terang Farouq. Aku? Aku hampir sahaja terburai airmata. Aku tahan sahaja di
dalam hati. Hati aku sudah hancur berasa dipermainkan. “kau saje je buat cerita
kan Farouq? Dengki dengan hubungan kitorang?” aku memujuk hati.
“apa
lah yang aku dapat kalau aku jadi batu api. Bukan aku suka kau pun. Kau tak nak
percaya sudah. Pandai-pandailah kau fikir mana kaca mana permata. Aku balik
dulu.” Pinta Farouq berlalu dengan motosikalnya. Langkahku terhenti. Air jernih
di kelopak mata mula terbit. ‘Ammar, sampai hati kau buat aku macam ni. Aku
sayang kau lebih dari segalanya. Aku rela luangkan masa untuk kau. Selalu
tolong kau dalam pelajaran malah rela siapkan kerja sekolah kau. Aku bahagia
dengan cinta kau. Tapi cinta kau berikan semuanya palsu. Kalau tidak sukakan
aku katakan tidak. Kejamnya kau permainkan diriku’ hatiku merintih. Aku
berjalan dengan tangisan demi tangisan. Sedihku tidak tertahan. Ramai yang
memandang pelik tapi aku tidak hiraukan mereka. Air mataku tidak dapat ditahan
lagi. Sesampainya aku di rumah, emak melihat mataku bengkak. Aku terus
melangkah masuk ke dalam bilik terus mengunci pintu. “Adik, kenapa adik
nangis?”Tanya emakku dari luar bilik.
“tak ada apa-apa mak. Adik sakit perut
sahaja”jawab aku dari dalam bilik.
“sakit sangat ke adik? Nak pergi klinik tak?
Mak boleh suruh ayah balik kejap hantar adik ke klinik” pujuk emakku. Ayah
seorang pesawah setiap hari dia ke sawah untuk mencari rezeki buat 3 beranak.
Aku anak tunggal. Emak tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiranku kerana
berlaku komplikasi kepada rahim emak. Rahimnya terpaksa dibuang. Tapi emak
tidak pernah mengeluh. Dia tabah dan sentiasa tersenyum walaupun disebalik
senyuman itu terpalit seribu satu masalah. Terkenangkan pengorbanan emak, aku
menyesal dengan perbuatanku selama ini. Aku jarang fokus di dalam kelas.
Apabila tidak faham aku tanya kawan tanpa usaha sendiri mencari jawapan.
Lebihan duit saku yang diberi ayah aku beli topup. Sehinggakan berpuluh-puluh
ringgit habis seminggu.
“takpe mak. Adik sakit sikit saja” bohong
aku. “kalau adik sakit bagitahu mak ye.
Jangan ditahan nanti melarat” begitu risau emak terhadap kesihatanku. Aku masih
melayan perasaan. Aku menangis dan terus menangis. Tangisan aku telah reda. Air
mataku sudah tidak dapat keluar lagi, mata berasa agak pedih hampir sejam aku
melayan perasaan. Terpandang aku ke sebuah al Quran di atas almari. Sudah
berapa lama agaknya aku tidak menyentuhnya. Sejak khatam al Quran aku jarang
menyentuhnya. Rasa berdosa menyelubungi aku. Sanggup aku menghabiskan masa
dengan melayan telefon, tetapi tidak pernah masaku dihabiskan untuk al Quran. Apabila
baca buku sekolah aku dapat habiskan
berbab-bab sehari tapi untuk al Quran sehelai sehari pun susah. Allahurabbi,
kata-kata cinta yang kau berikan kepada hambamu tidak aku manfaatkannya. Sombongnya
aku padamu Allah, tetapi kau masih beri aku peluang untuk berubah.
Seminggu
aku tidak ke sekolah kerana demam dan 3 subjek percubaan SPM aku tinggal kerana
demam yang teruk sehingga memaksa aku untuk berada di wad beberapa hari.
Kedengaran seseorang memberi salam. Emak tiada di rumah kerana memenuhi
jemputan ke kenduri kahwin anak rakannya. Aku dengan lemah melangkah membuka
pintu. Alangkah terkejut aku melihat Nailah di hadapan pintu rumah. Aku
mengajaknya masuk ke dalam rumah.
“Ilah duduk la dulu ye. Adila pergi bancuh teh di dapur”
pintaku untuk berlalu. Akan tetapi dihalang Nailah. “tak payah susah-susah
Adila. Ilah datang bukan untuk susahkan Adila. Saja menjenguk Adila sebab rindu
Adila lama tak ke sekolah. Ilah dengar Adila demam teruk. Sebab tu Ilah datang.
Ni buah tangan untuk Adila” Nailah menghulurkan buah oren. Aku menyambutnya.
Aku duduk bersila di hadapannya. “alah
Ilah, Adila dah makin sembuh sikit. Mungkin perubahan cuaca menyebabkan Adila
demam”
“Adila kawan Ilah dari kecil. Malah Ilah anggap Adila sahabat Ilah, tak mungkin
Adila sakit Ilah tak menjenguk Adila. Adila sabar ye sayang, sakit itu dapat
menghapuskan dosa-dosa kecil. Kafarah dosa buat kita, malah ucapkan
alhamdulilah kerana Allah mengingatkan kita. Allah masih sayang supaya kita
lebih rasa bersyukur.” Kata Nailah. Tiba-tiba air mataku menitis kerana
banyaknya dosa aku pada Allah. Sewajarnya
Allah menghukum aku lebih teruk dari ini. Aku mengesat air mata dengan lengan
baju. Nailah perasan dengan perubahan riak wajah aku. Tiba-tiba dia memeluk aku
dengan erat. “Adila, kenapa kau menangis? Maafkan Ilah dengan kata-kata Ilah
yang mengguris hati Adila. Ilah tak ada niat pun untuk sakitkan hati Adila.”
Pujuk Nailah berasa bersalah. Aku membalas pelukannya dengan erat. Kali ini
tangisan yang aku tahan dari tadi semakin kuat. Aku tersedu sedan . aku
menangis di bahu Nailah sepuas-puasnya.
“menangislah Adila jika ini mampu
membuatmu tenang”pujuk Nailah. setelah aku agak reda aku melepaskan pelukannya.
Nailah menyapu airmataku yang berlinangan. “terima kasih Ilah. Terima kasih
sangat kerana kau hadir dalam hidup aku. Selama ini aku tak hargai kau. Selama
kita berkawan aku hanya menganggap kau seperti yang lain. Hadir ketika senang
sahaja. Tapi baru sekarang aku sedar kau yang sentiasa di belakang aku saat aku
jatuh. Sepanjang aku sakit tiada seorang pun datang melawat kecuali Ilah” Aku
meluahkan. Nailah juga menahan sebak. Dia memegang tanganku erat. “selama ini
aku hanya mengejar cinta lelaki, aku rasa lelaki je yang faham aku. Ternyata
Ammar hanya permainkan aku, aku difitnah oleh dia. Aku jarang borak dengan
kawan-kawan perempuan dan jarang masuk dalam study group. Aku mengelak untuk berdiskusi dengan rakan-rakan lain.
Aku dengan hidup aku sahaja bergayut, ber’chatting’, keluar, FB. Bagi aku, aku
tidak buat maksiat sudah. Asalkan aku tidak melanggar perintah Allah. Tetapi
kau tidak pernah jemu mengajak aku ke arah kebaikan Ilah. Kau selalu ajak aku
usrah walau sekali pun aku tak pernah datang. Kau tetap tidak berputus asa kau
bagi aku al Mathurat dan kau ajak aku ke kantin sekolah sama-sama tapi ternyata
aku tolak semua itu. Aku lebih gemar ke kantin sekolah dengan Ammar, kau pasti
kecewa dengan aku, akhirnya kau jalan sorang-sorang ke kantin” Luahku tanpa ada
rasa malu lagi. Nailah juga menitiskan airmata.
“
Adila dengar sini. Seburuk mana Adila, sejahat mana Adila, Adila tetap sahabat
Ilah sampai syurga. Ilah sayang Adila lillahitaala. Walau dosa Adila setinggi
gunung pun Allah buka pintu taubat seluas-luasnya untuk Adila. Kita manusia
tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa. Sebab manusia adalah dari perkataan
‘nasia’ iaitu lupa. Walau Adila sisihkan Ilah, Ilah akan selalu ada di waktu
Adila susah dan senang” Luah Nailah. Ya Allah, tulusnya hati Nailah. Di mata
aku Nailah sempurna, tak layak untuknya berkawan dengan aku.
Selepas markah percubaan SPM diumumkan.
Aku mendapat keputusan yang sangat teruk. Aku agak kecewa. Kelihatan Nailah dan
naqibah usrah iaitu kakak Asiah menghampiriku. Siapa yang tidak mengenali Asiah
Hana presiden Dakwah dan Tarbiah(DATA) yang dikagumi oleh semua guru dan
pelajar. “assalamualaikum ukhti Adila” Asiah memberi salam dan terus memelukku.
Aku menjawab salamnya. Aku kaku, berasa janggal orang yang sangat dikagumi itu
memelukku erat. Asiah melepaskan pelukannya. “Adila, macam mana keputusan?”
tanya Asiah. “erm..agak teruk. Hanya 1A sahaja. 3 subjek tak dapat exam” keluh aku. Asiah tersenyum. “Adila
jangan kecewa, tiada istilah gagal dalam hidup kita selagi kita ada peluang.
Marilah kita borak dahulu di taman bersama Nailah lagipun waktu sekolah telah
habis” ajak Asiah. Aku akur. Baru sahaja kami melabuhkan punggung kelihatan 2
orang pelajar menegur Asiah. Asiah dan Nailah menyambut mesra. Mereka
berpelukan dan bersalaman antara satu sama lain. Indahnya! Indahnya persahabatan
mereka, kemesraan tiada lakonan. Aku bangun untuk bersalaman juga, mereka
menyapa lembut dan memeluk aku erat. Kami kembali duduk di bangku. “Adila ni
kawan-kawan sekelas akak. Kami selalu berusrah bersama Nailah, Zahra, Aisyah
dan ramai lagi” Asiah memperkenalkan rakannya pada aku. Masing-masing
memperkenalkan diri lalu mereka meminta aku untuk taaruf. Aku berasa segan,
lihatlah diriku ini. Hanya bertudung tiga segi sahaja malah mereka semua
bertudung labuh. “saya Nur Nusaibah Adila binti Zaid. Sekelas dengan Nailah,
sahabat saya ni.”
“Masya-Allah cantik nama Nusaibah tu.
Pahlawan pedang yang gagah berani. Berperang bersama Rasulullah dalam perang
Uhud. Teguh di medan perang dengan melindungi Rasulullah. Rasulullah pernah
bersabda ‘tidaklah aku melihat ke kanan dan ke kiri pada pertempuran Uhud
kecuali melihat Nusaibah binti Ka’ab berperang membelaku’,” kata Asiah. “malang
sekali saya bukan Nusaibah binti Ka’ab.” Aku bersuara. Laju sahaja kata-kata
itu keluar dari mulut aku. Aku mula menunduk. Mata mereka fokus memandangku.
“Adila, ceritalah masalahmu. Kami semua sedia membantu dan mendengar masalah
Adila. Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara” pujuk Zahra. Aku malu untuk
meluahkan. Nailah memegang tanganku. Dia mengangguk , aku mengerti bahawa dia
menyuruh aku meluahkan. “saya tidak sekental mujahidah Nusaibah. Dengan
kata-kata lelaki pun saya sudah lemah, malah untuk berjuang di medan perang
jauh sekali. Mesej dari lelaki yang baru dikenali pun laju sahaja saya
membalasnya inikan pula untuk membela Rasulullah. Saya bukanlah Nusaibah binti
ka’ab. Setiap malam orang bertahajud tapi saya pula bergayut sehingga pagi.
Sanggup bersekang mata berbalas mesej. Kerja sekolah buat ala kadar sahaja,
baca buku sikit lepas tu main telefon. Emak jarang bersembang dengan saya
kerana sibuknya saya dengan telefon. Saya tidak pernah keluar dating sebab saya risau di pandang
serong masyarakat dan tidak mahu emak risau. Tengoklah penampilan saya hanya
tutup rambut sahaja. Saya tahu aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan
tapak tangan. Yela, saya tahu tapi buat-buat tak tahu. Kesian ayah, keluar ke
sawah cari rezeki membesarkan saya dari kecil sehingga sekarang malangnya apa
yang saya buat hanya menambahkan dosa dia. Setiap kali lelaki ajnabi melihat
aurat saya, pasti ayah menanggung dosa. Tengoklah result percubaan SPM teruk
sangat. Ni la balasan untuk anak macam saya ni” Luah aku. Mereka fokus menadah
telinga. Aku meneruskan ke kisah aku dan Nailah.
“Allahurabbi, ternyata Allah masih
sayangkan Adila. Allah telah memberikan hidayah buat Adila. Masih ada peluang
untuk Adila. Adila, cinta sebelum kahwin itu adalah cinta palsu dan dusta. Tidak
perlu direbut kerana Allah telah menetapkan jodoh setiap orang. Tak perlu bercouple kerana bercouple itu boleh mencenderungkan kita ke arah maksiat. Allah telah melarang
kita untuk menghampiri zina. Maka jaga hati kita, rebutlah cinta Allah. cinta
Allah tidak sia-sia sayang. Berserah kepadanya. Biar apa pun result yang Adila
dapat , Adila harus kental kerana Allah telah berfirman yang bermaksud ‘janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah
pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139). Kata Asiah.
“Kembali kepada Allah. setiap manusia tidak
lari dari kesilapan malah kami sendiri pun banyak dosa, entah-entah dosa kami
lagi banyak dari Adila. Jangan pandang kami pada labuhnya tudung kami tetapi
iman hanya kita dan Allah sahaja tahu. Jadilah wanita yang solehah menjaga
maruah dan aurat untuk suami kita sahaja. Balik nanti luangkan masa dengan
emak, jangan layan lelaki kerana mereka hanya dengan lakonan mereka. Jika
mereka lelaki yang baik sudah tentu mereka tidak mahu biarkan hati kita terus
terfitnah. Mereka akan lupakan niat mereka untuk berkenalan. Kalau nak suami
baik kita kena jadi baik dulu. Allah pernah bersabda yang bermaksud ‘Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum sehingga mereka ubah nasibnya sendiri’ (Ar-rad:59)” tambah Aisyah.
Mereka saling bertukar-tukar nasihat dan kata-kata semangat buat aku. Aku
berasa seperti dilahirkan semula. Imannya umpama baru ditopup. Akhirnya, aku
dapat kembali tersenyum dan ingin berubah sedikit demi sedikit. Biarlah berubah
sikit-sikit asalkan istiqamah. Lebih baik tingkatkan kualiti dari kuantiti.
Setelah aku mengharungi pahit getir
kehidupan dan bertungkus-lumus dalam SPM. Akhirnya usaha, doa, dan tawakal
membuahkan hasil. Aku mendapat 10A dengan cemerlang. Emak dan ayah sangat
bangga, mereka bercadang untuk membuat majlis kesyukuran kecil-kecilan, aku
tidak dapat menolak kerana mereka sudah bernazar. Tanpa doa mereka aku tidak
akan berjaya. Sekarang, segala-galanya berubah. Dari memakai tudung singkat
kini aku sudah melabuhkan tudung dan memakai stokin kaki. Baju lengan pendek
dan seluar jeans ketat sudah kutinggalkan kerana aku malu pada mata-mata lelaki
ajnabi. Kesian bakal suamiku nanti kerana tiada apa yang berharga dariku jika
aku menayang-nayangkan kepada orang lain. Sebelum keluar dari rumah aku
pastikan aurat aku terjaga rapi supaya aku tidak meletakkan ayah ke api neraka.
Nauzubillah. Ini juga berkat jalinan ukhwah bersama sahabat aku Nailah. sungguh
indah persahabatan ini akan aku nantikan kamu di syurga. Sahabat sampai syurga
itu janji kami. Hidup tanpa halaqah dan usrah umpama gelas yang kosong tanpa
air.
Setiap malam selepas solat isyak, aku
luangkan masa lebih kurang setengah jam untuk kedua ibu bapa aku, kemudian
barulah aku mengulang kaji pelajaran. Supaya aku dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan berkongsi cerita. Pernah sekali iman aku diuji di saat aku
mula ingin berubah. Ammar kembali merayu cinta palsu, dia menelefon aku banyak
kali untuk meminta cintaku. Tapi aku bertekad demi menggapai syurga Allah
bersama sahabat-sahabat aku melawan nafsu dan syaitan, aku mula menukar nombor
dan tidak melayan mana-mana lelaki walaupun ramai lelaki ingin berkenalan
dengan aku melalui facebook mahupun mesej. Bagi aku semua itu membazir masa,
banyak lagi perkara yang belum aku capai. Aku ketepikan perkara-perkara yang
boleh menghalang kejayaan dan jalan dakwah aku. Aku perlu menunjukkan peribadi
yang mulia kerana orang yang bukan Islam menilai kita. Jika yang bukan muslim
melihat Islam dari penganutnya pasti mereka tidak dapat melihat keindahan itu
sendiri. Akan tetapi jika bukan muslim melihat kepada Islam itu sendiri pasti
keindahan islam itu terserlah kerana agama Islam itu sempurna. Jadi, kalau dulu
aku couple, tidak menutup aurat dan
tidak mengikut ajaran Islam kali ini aku perlu berubah. Cita-cita aku ialah selagi
nyawa dikandung badan akan ku lakukan kebaikan demi Allah dan agama.
Kini aku sedar kenapa Allah menciptakan
aku kerana manusia diciptakan untuk menjadi abid dan khalifah di muka bumi ini.
Jika aku lemah kepada dunia bagaimana aku ingin menjadi khalifah? Jika aku
lemah kepada cinta nafsu bagaimana ingin menjadi mujahidah Nusaibah?
Aku bukanlah mujahidah Nusaibah binti
Ka’ab tetapi aku serikandi Nusaibah!
nukilan hanis al wahab
fb; hanis al wahab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan