Kisah ini bukan kisah cinta
cintun. Kisah aku kisah persahabatan. Kalau rasa meluat dilarang baca.
Aku dapat melanjutkan
pelajaran di Universiti dalam kos fisioterapi..
aku seorang yang berdikari dan selalu kesana kemari seorang diri, orang
panggil aku “lone ranger” . Aku suka
buat hal sendiri sehingga tabiat ini terbawa-bawa ke kampus sampai sekarang.
Apabila melangkah ke kampus,
aku mula bergiat aktif dalam persatuan Islam. Aku berkawan dengan semua orang.
Pada mulanya perkataan “sahabat” sukar disebut kerana aku punya kisah silam
yang sungguh aku “fobia” untuk
bersahabat. Berkawan hanya sekadar suka-suka.
Di zaman sekolah aku tahu
perkataan “ukhwah” tetapi tidak begitu ambik serius . aku hanya dengar dan tidak mendalaminya... masuk sahaja di
kampus aku berminat mengikuti usrah. Dalam usrah aku kenal ramai kawan.
Aku
selalu mengikuti usrah bersama Nasha(bukan nama sebenar). Dia sama kos, sebilik
dan sekelas dengan aku. Dia mengikuti usrah setelah melihat aku menyertainya
beberapa kali. Jadinya, aku ajak dia sekali.
Aku ikuti seperti biasa,
pada suatu hari naqibahku menerangkan satu tajuk iaitu ukhwah.
Naqibah : sahabat-sahabat
tahu apa itu ukhwah? (dia memandang kami meminta jawapan)
Kami : persaudaraan
Naqibah : tepat sekali,
Ukhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan
penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu
ditautkan oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa. Ukhwah ada tiga tahap untuk
mengukur sejauh mana ukhwah kita.
Aku : oh, 3 tahap ye. Tak
tahu pula.
Naqibah : ya, 3 tahap
(tersenyum). Imam Hassan al-Banna meletakkan 3 tahap ukhuwah. 1) Salamatul sodri (berlapang dada), 2) musawah (kesamarataan) 3) Ithar (melebihkan kepentingan sahabat
melebihkan kepentingan sendiri ……….
Kami mendengar dengan tekun.
Diperjelaskan dengan contoh dan situasi bagi memantapkan kefahaman kami. Maka usrah pada hari itu berakhir dengan doa rabithah, Ilmu
baru untuk aku dan Nasha.
Dalam perjalanan pulang ke bilik, lamunanku
terawang-awang.
Aku sering mempersoalkan bagaimana
ukhwah yang sebenar?
Susah senang bersama? Masih wujudkah
sahabat sebegitu?
Ukhwah fillah itu bagaimana?
_________
Aku dan Nasha sangat
meminati sukan badminton. Kami mewakili universiti kami 2 tahun
berturut-turut. Kami mempunyai minat yang sama. Hobi kami juga sama. Setiap
petang jika ada masa terluang pasti gelanggang badminton tempat kami menghabiskan masa.
Ya, kami berdua berbadan kecil tetapi kelincahan kami sukar dicabar.. cehh,, #poyo
Kami berlatih untuk mewakili
universiti kami bagi kategori regu wanita. Sedang kami leka bermain tiba-tiba, “prap!!”
Kaki aku terseliuh (ankle
sprain) dan sakit. Aku terjatuh. Ini kali kedua aku terseliuh tahun
sebelumnya.
Nasha : weh, kau ok tak ni? Boleh bangun tak? (Nasha berlari anak menghampiri aku)
Aku : macam tak boleh je ni.sakit dan bengkak ni.
Nasha : aku beli ais kejap.
(dia bangun lalu berlari untuk membeli ais. Kecederaan sukan sememangnya dalam
bidang kami)
dia cuba tuam kaki aku
dengan ais. Muka aku sudah berkerut-kerut.
Nasha : jomlah balik.
Aku : hmm..jomlah.
Nasha memapah aku balik ke bilik
yang agak jauh. Aku terhinjut-hinjut menahan kesakitan. Sampai sahaja ke bilik,
aku melihat dia termengah-mengah dan berpeluh, aku kesian tengok dia
bersusah-payah menolong aku.
Aku
: aku nak mandi (aku sedaya upaya menapak ke tandas sambal tangan berpaut di
dinding)
Nasha
: meh aku tolong
Aku
: tak payah la! (nada aku agak tinggi, entah kenapa. Mungkin kerana kecewa
dengan diri sendiri, aku ego.. aku tidak suka orang melihat aku lemah)
Setelah
keluar dari bilik air dan memakai baju dan duduk termenung di atas katil.
Nasha
: kau okay tak ni? Jom pergi klinik.
Aku
: macam malas je. Jauh sangat, aku macam tak dapat jalan jauh ni.
Nasha
: aku call kak hafizah untuk ambik kau dan hantar ke klinik ye.
Aku
: menyusahkan je. Tak payah lah!
Nasha
terus menekan-nekan telefon pintarnya dan menghubungi kak hafizah. Aku tidak
mampu menghalang , kerana aku tahu dia bukan jenis senang dihalang. Aku akur.
Sampai
sahaja kak hafizah ke kolej kami. Dia menumpangkan kami ke klinik
kesihatan universiti. Sebenarnya klinik itu
jauh untuk berjalan kaki dan memerlukan kenderaan untuk ke sana, dengan
kondisi aku sekarang aku tidak mampu berjalan. Kaki aku juga sudah membengkak. kak Hafizah kami kenal juga dalam program-program di surau. Kami mula rapat dengannya dari program juga.
Setelah
berjumpa doktor, doktor memberitahu aku "ankle
sprain grade II" dan aku perlu menggunakan tongkat untuk beberapa hari.
Doktor:
awak perlu guna tongkat untuk beberapa hari. Jangan pijak selagi ada rasa sakit
seeloknya 7 hari. Aku perlu “bandage” (balut) untuk kurangkan bengkak dan bagi
stabilkan kaki. Awak fisio kan, mesti tahu cara balutan. Hehe (dia ketawa kecil)
Aku
mampu mengangguk. “beberapa hari guna
tongkat? Macam mana nak main” aku bermonolog.
aku
: bila saya dapat main ?
doktor
: seeloknya elakkan dulu main badminton sehingga sembuh sepenuhnya. Awak tahu,
sekali tear(koyak) ligament selama-lamanya begitu. Kalau complete tear, awak
kena operate tahu tak?
Aku
: hmm.. baiklah (nada mula kendur)
Mata
aku mula menitiskan air jernih. Setelah berbulan-bulan berlatih hanya tinggal
3hari sahaja lagi untuk pertandingan potensi untuk aku kembali bermain
nampaknya tiada harapan. Aku kecewa dengan diri sendiri. Aku mengecewakan
Nasha, dia juga sudah berlatih bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan banyak
masa untuk berlatih. Aku
keluar dari klinik dengan bertongkat.
Aku
: jomlah pergi kelas.
Nasha
: boleh tak jalan pakai tongkat ni?
Aku
: boleh. Pelan-pelan
Nasha
: aku dah bagitahu madam kita lambat
Aku
: aku dapat MC, kau pegilah kelas
Nasha:
kau nak balik macam mana nanti?
Aku
:aku call kak hafizah
Nasha
: dia ada kelas la
Aku
: hmmm…aku pegi kelas la macam tu
Nasha
: aku ponteng takpe.
Aku
: tak payah buat keje giler. Jom pegi kelas!
Nasha
pun akur setelah aku sudah bernada tinggi. Ego aku masih lagi menguasai. Aku
kerap bernada tinggi kerana emosi aku sudah terganggu. Sememangnya sangat payah
menggunakan tongkat. Kelas pula jauh. Aku mengambil masa 15 minit berjalan ke
kelas dengan keadaan bertongkat. Di dalam kelas semua kawan-kawan memandang ke
arah aku. Maklumlah semalam elok sahaja, hari ini bertongkat.
Pada
petang itu, aku terpandang baju aku yang kotor di dalam baldi sudah penuh. Sememangnya aku
tidak mampu mencangkung atau berdiri lama sebelah kaki. Aku biarkan sahaja baju
itu. Aku mula berehat.
Azan
berkumandang menandakan masuk waktu maghrib. Nasha terpandang aku yang terkial-kial
ke bilik air. Dia memapah aku ke bilik air.
Aku
: aku boleh la. Tak payah tolong takpe (aku melarang Nasha memapah aku ke bilik air)
Setelah
aku mengambil wuduk aku terpandang kerusi bersama kain telekung disediakan
Nasha. Dia tahu aku tidak mampu solat berdiri lalu disediakan kerusi buat aku.
Aku terharu. Ingin sahaja aku mengucapkan ‘terima kasih’ tetapi tidak terungkap
di bibir. Aku ego.
_________
Keesokkannya,
selepas subuh aku kembali sambung tidur kerana kelas dibatalkan. Badan berasa
amat penat. Aku tersedar pukul 9 pagi. Aku mencari baldi baju tetapi tidak
menjumpainya.
‘mana
pulak aku letak baldi aku ni? Takkan orang curi kut’ aku bermonolog
Nasha
: cari apa? (tegur Nasha dari belakang)
Aku
: cari baldi aku. Aku rasa letak sini semalam. Pelik
Nasha
: aku dah basuh baju kau , dah jemur dah pun. Baju yang dah kering aku dah
lipat masuk loker kau dah.
Aku
tergamam
Aku
: hah? Basuh tangan?
Nasha
: pastu basuh dengan apa lagi? Dah, pergi rehat sana.
Aku
: aku boleh buat la. Tak payah la susah-susah. (tanpa ucapan terima kasih aku
pula memarahinya. Aku tidak suka kelihatan lemah)
Wajah
Nasha terpancar kekecewaan dengan sikapku. Dia berlalu meninggalkan aku. Aku
perasan perubahan air mukanya. Dia menyarung tudung labuh dan memakai stokin lalu keluar dari bilik. Aku pula tidak bertanya dia ingin kemana mungkin juga sedih dengan sikap aku.
Aku membuka almari. Kelihatan baju
aku tersusun rapi. Baju yang telah dibasuh juga telah dijemur.
Aku
termenung.
‘kenapa aku berkelakuan begini ya Allah.
Kenapa aku terlalu ego? Dia baik ya Allah’ hati
aku sebak.
Nasha
: weh, ni nasi tengahari kau (tegur Nasha sambil meletakkan sebungkus nasi di
atas meja aku menghentikan lamunan aku)
Aku
: err…ter….terima kasih (akhirnya kata-kata ini keluar dari bibir aku)
Nasha
: sama-sama (dia tersenyum) makanlah. Aku tahu kau susah nak pegi beli makanan
Aku
: nanti aku makan (aku cuba menahan tangisan. Terharu dengan sikapnya. Selama
ini aku tidak pernah menghargainya)
__________
Selepas
isyak aku termenung di tingkap. Nasha di sebelah sedang mengadap laptop.
Aku
: hmm.. Nasha, aku rasa aku tak dapat masuk pertandingan badminton tu
.
Nasha
: tak pe… aku pun tak masuk
Aku
: kenapa pulak? Ganti la aku dengan partner lain
Nasha
: tak best la partner aku tak de
Aku
: tapiiii kau kan dah lama berlatih.
Lain kali aku join
Nasha
: ni last year kita dapat join. Tahun depan habis dah. Relaks
la….selama ni bersahabat takkan aku nak tinggalkan kau sorang. Susah senang
bersama. (laju sahaja kata-katanya menutur di bibir sambil mata mengarah ke skrin laptop)
aku
termenung dan tertunduk.
“sahabat? Inikah
maksud tahap ukhwah ketiga ? Ithar (melebihkan sahabat)?
Sedangkan Nasha mampu
untuk sampai ke tahap ketiga
Aku tahap pertama pun
tidak mampu untuk melepasinya?
Aku sahabat tak guna
Mungkin dia, dia......dialah
sahabat aku”
Nasha
: weh, asal kau nangis ni?
Aku
: tak de apela. Terima kasih
Nasha
: terima kasih untuk?
Aku
: untuk segalanya. Usah layan aku begini nanti kau terbeban
Nasha
: bebanan aku membawa pahala. Sekali sahabat, selamanya sahabat. (senyum)
Nasha
sangat baik, saat aku terleka dia yang mengingatkan aku. Dia cuba nasihati aku.
Sama-sama nak jadi baik. Dia banyak tolong aku dalam gerak kerja. Dia juga
sahabat yang sabar mengajar aku dan sabar melayan kerenah aku.
Kini
aku mengerti maksud sahabat
Kawan-kawan,
buanglah egomu untuk satu persahabatan. Kerana sahabat itu mampu mengheret kamu
ke Syurga. hargailah selagi ada kesempatan :)
Perumpamaan dari Sayyid Quthb :
“persaudaraan adalah mukjizat, wadah yang saling berikatan dengannya Allah persatukan hati-hati berserakan saling bersaudara, saling merendah lagi memahami, saling mencintai, dan saling berlembut hati”
Bersambung………………………..
Nantikan
sambungan
#budakkechiktarbiah
@budakkechiktarbiah
29
mei 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan