Selasa, 30 Mei 2017

“Perjalanan Musafir Sahabat Haraki”




[cerpen ini diadaptasi daripada kisah benar]

Sedang aku termenung di tingkap, aku memandang Pah, tekun menyiapkan kerjanya. Jam menunjukkan pukul 4:55 petang. Orangnya tidak suka bertangguh, dia cuba menyiapkan kerjanya sebelum balik. 

Aku : Pah, dah lah tu buat kerja. Nak balik dah ni. Kemas cepat

Pah : sikit lagi sikit je…(tangan Pah masih lagi laju menulis, aku hanya memandang gelagatnya yang sedikit kelam-kabut)

Aku : cepat la, lambat la kau ni. Aku tinggal kang baru tahu

Pah : tunggu la dulu. Sikit lagi. Diam kejap boleh tak 

Aku : cepat ah, lambat betul. (sengaja aku melakukan provokasi)

Pah : aish… (Pah mengeluh)
Aku tersenyum melihat gelagatnya yang kelam-kabut. Muka dia dah masam mencuka.

Aku : weh, 18 Febuari ada Himpunan RUU 355.

Pah : hmmm…

Aku : nak pegi naik apa?

Pah : entah. Weh, kau ni, aku dah la lambat, kau pulak ajak borak pasal ni. Malam karang kita bincang

Aku : yela senget.hehe 

Memang hobi aku menyakat Pah. Hari-hari la aku sakat. Sahabat yang sabar melayan sifat nakal aku ni. Kadang-kadang aku selalu kena marah , ala…marah sayang.. hehe
___________

Lepas solat isyak berjemaah , aku ke katil Pah bagi membincangkan hal petang tadi. Aku menunggu Pah siap menghabiskan bacaan al Qurannya. Memang rutin harian membaca al Quran wajib dibaca walau sibuk mana pun bekerja kerana al Quran bakal menjadi hujah kepada manusia di akhirat kelak. Selain itu, al Quran menjadi cahaya di alam barzakh.

Pah : sadaqollah hul aziim…..(dia memandang aku yang terbaring di sebelah) haa…ni datang bertenggek kat aku ada la benda nak cakap ni.

Aku : hehehe.. mestilah. Pasal tadi

Pah : Himpunan tu ke?

Aku : ha’ah, sekarang aku ada masalah kewangan la nak naik bas ke sana. Tapi aku nak sertai

Pah : aku pun. Duit pun ada sikit untuk makan bulan ni. Nak naik apa ea?

Aku : naik motor nak?

Pah : seriously ? are you kidding? Jauh weh. Hampir 250KM kut ke sana. (Pah terkejut)

Aku : tapi kalau dengan izin Allah tak mustahil (aku tersengih cuba meyakinkan Pah)

Pah : kau tak takut ke jadi apa-apa?

Aku : takut tu memang lah takut. 

Pah : hmm… kalau macam tu kita pergi servis motor esok lepas kerja

Aku : hah? Macam mana kau tiba-tiba nak pergi ni?

Pah : haha…masa ni la kita uji kebergantungan kita kat Allah. Tak beriman seseorang itu tanpa diuji. Lagipun, bermusafir ni banyak pahala.

Aku : haa… baik al fadilah ustazah Pah. (hehe)

__________

Selepas dari kerja, kami ke bengkel motor. Kami berdua buta ilmu pasal motor jadi kami hantar sahaja ke bengkel. Setelah Uncle Lee memeriksa motor kami, rupanya hanya tayar kurang angin, lalu dipam. Tiada bayaran diminta oleh Uncle Lee. Hal pertama yang Allah permudahkan.
Sampai sahaja di rumah, kami mencuci motor. 

Irah : korang kenapa bersungguh sangat cuci motor ni?

Pah : kami nak gi KL esok

Irah : haa?? Dengan motor? Biar betul

Aku : betul la. Ingat kami main-main

Irah : weh, jangan buat kerja giler

Aku : dah gila dah pun. Hahaha. Ok, melawak je.

Irah : suka hati la. Hati-hati (dia berlalu menyiapkan masakannya di dapur, mungkin malas agaknya melayan kerenah kami)

Irah merupakan kawan serumah kami. Kami baru sahaja menyewa rumah di Ipoh dan ramai kawan-kawan serumah yang baru kami kenal. Aku dan Pah kenal hampir 3 tahun. Kami kenal juga melalui usrah di kampus dulu. Mula rapat sejak bekerja sekali.

Aku : Pah, muktamad dah ke keputusan ni? 

Pah : hmmm (jawab selamba dari Pah sambil tangannya laju mencuci motornya)

Aku : kau tak takut ?

Pah : takut tu memang la. Kau yakin ke? Kalau jadi apa-apa kat kita macam mana? 
(mukanya terpancar kerisauan)

Aku : kalau mati pun syahid kecil sebab niat bantu Islam

Pah : kalau kau yakin aku yakin. Aku memang bergantung kat Allah je ni. dan Allah pernah berfirman “kepunyaan allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nyalah di kembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakalah kepadaNya . dan sekali-sekali tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan”

Macam biase dalil al Quran diberikan. Segala hujah dan percakapannya memang tidak lari dari dalil dan hadis. Pasti akan terselit juga walau sedikit. Kadang-kadang nak tenang suruh je Pah tazkirah..haha…

Aku : sebelum bertolak esok kita solat hajat dulu. Pukul 4 pagi kita bertolak

Pah : okay…. Nanti charge powerbank, telefon pastikan bateri penuh

Mungkin bagi lelaki menunggang motosikal beratas-ratus kilometer itu biasa tetapi bagi kami ia luar biasa. Malah, kami tidak berkonvoi. Hanya kami berdua dan mengharapkan kebergantungan pada Allah . kami juga tiada ilmu tentang permotoran. Jika berlaku sesuatu pada motor tidak mungkin kami dapat membaikinya walaupun itu hanyalah tayar pancit.

_________

PERJALANAN BERMULA.....

Jam menunjukkan pukul 4:10 pagi. Setelah selesai solat hajat, doa dipanjatkan agar perjalanan kami selamat sampai dan dipermudahkan. Kami bersiap memulakan perjalanan. Kami membawa roti dan air untuk mengalas perut kami. Kami turut mengisi minyak petrol di dalam tangki dan botol kosong. Kami memulakan perjalanan. lokasi dari ‘google map’ menunjukkan sejauh 210KM perjalanan. fuhh.. jauh juga

Cuacanya agak baik. Alhamdulilah.

Perjalanan yang sangat mencabar. Badan kami melawan kesejukan, kami mula menggigil. Baju sejuk yang dipakai kami seakan-akan tidak membantu. Angin sejuk mencucuk tulang belulang.

Baru kami sedar selalunya konvoi motosikal berkuasa besar mereka pakai baju yang sangat tebal serta penutup muka. Kami mula memasuki lebuhraya utara selatan, jantung mula berdegup kencang , tangan dan kaki mengigil kesejukan dan ketakutan. 

Disebabkan kami tidak memakai penutup muka atau kain, dada mula rasa sakit sedikit. Aku mendengar Pah tidak putus-putus membaca ayat seribu dinar dan berzikir. 

Pah : okay ke tak ni ! (jerit Pah dari belakang setelah lama aku senyap sambil tangannya menyentuh bahu aku.

Aku : okay ! (aku mengangguk perlahan)

Pah : kalau penat kita tukar ! 

Aku : dekat RnR kita tukar ! (jerit aku dari depan)

Jalan sangat gelap. Jalan hanya diterangi dengan lampu motor kami. Di sekitar kami sangat gelap gelita. Kami ditemani dengan lori-lori besar, agaknya lebih dari 10 buah lori dan kami berjaya potong.

 Pesan abang Pah , di jalanraya jauhkan diri dari lori, ikut jauh atau potong kerana lori banyak kawasan titik buta pada cermin, kemalangan juga boleh berlaku disebabkan pemandu lori tidak nampak motosikal di belakangnya.
Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi, masih awal untuk solat subuh. Jadi kami berehat sebentar dan ke tandas. Masa untuk menukar pemandu. Kali ini Pah yang bawa.

Pah : nak isi minyak tak ?
Aku : next RnR la. Banyak lagi minyak ni.
Pah : next kat mana?
Aku : maybe 20-20KM lagi (dengan yakinnya aku bagitahu, walaupun aku sendiri yang mengagak)
Pah : okay. Jom. Bismillah 

Dengan ‘bismillah kami melangkah’ cehh. Macam lagu..hehe.. 

Kami meneruskan perjalanan kerana perjalanan masih lagi berbaki 160KM lagi.
Selepas 30 minit perjalanan, aras minyak petrol dah menunjukkan tanda ‘E’. RnR yang aku janjikan masih tiada lagi. Kami berhenti di tepi jalan bagi mengisi petrol yang masih berbaki di dalam botol.  Hanya itu sahaja petrol yang kami ada.

Paras minyak petrol meningkat sedikit. Kami meneruskan perjalanan lagi. Maka kami tiba di RnR Behrang. Seperti tadi minyak di paras ‘E’. kami mencari stesen minyak di RnR Behrang, malangnya stesen minyak RnR Behrang dibaik pulih.

Ingin sahaja bertanya kepada orang disekeliling tetapi melihatkan sekumpulan lelaki sedang menghisap rokok, seakan-akan membahayakan diri pula maka kami batalkan sahaja niat kami.

Telefon pintar kami menunjukkan stesen seterusnya lagi 40KM. kami sememangnya sangat risau. Minyak yang diparas ‘E’ tidak mampu sampai untuk 40KM. Hanya Allah sahaja tempat kami bergantung.

Aku : Pah, stesen minyak tengah renovate ni.. camne? Cuak

Pah : alahai…camne ni?

Aku : dah pukul 6:40 pagi ni. Solat subuh dulu la, jom cari surau. Nanti call Plusline

Puas kami mencari surau , yang ada hanya tandas. Hati kecewa juga. Apa boleh buat kami ambil wuduk di tandas. 

Pah : solat kat mana ni? Takde rupa surau pun

Aku : aku nampak macam pondok kecik kat tepi sana tu.

Pah : okay jom. Pakaian kita pun boleh solat dah ni. 

Kami berjalan ke arah pondok seakan tempat berehat. Kelihatan ada sejadah disediakan. Peristiwa kedua Allah permudahkan.

Aku : wah, ada sejadah la (aku terus mencapai sejadah yang terlipat disana, seolah-olah Allah telah memudahkan urusan kami)

Pah : weh, orang kat sana pandang kita (jari telunjuknya mengarah ke arah orang yang sedang berehat di tempat parkir)

Aku : haha..biar lah nak pandang ke tak. Masalah sekarang ni, subuh kita dah lewat.

Pah : yela udang pendek. Cepat ah jadi imam.

Aku : aku pulak. Kau lah ! 

Masing-masing menolak antara satu sama lain. Akhirnya Pah mengalah dengan budak kecik..haha.. 

Seusai solat, doa dipanjatkan agar kami mampu sampai ke destinasi seterusnya. Perasaan hiba menyelubungi. Entah kenapa hati berasa amat tenang walaupun sedang menghadapi masalah. Suasana sejuk dikelilingi hutan menambahkan lagi rasa cinta pada Sang Pencipta Alam. Dengan suasana yang masih gelap kami menghubungi Plusline.

Aku : diorang cakap lagi 10KM ada stesen minyak.

Pah : sempat ke ?

Aku : entahlah. Kalau ikutkan macam tak sempat. Tapi tak mustahil dengan kuasa Allah.

Pah : inshaa Allah

Kami tak berani untuk melihat minyak di dalam tangki kerana risau kami akan bergantung pada minyak yang kami ada. Sepatutnya bergantung pada Allah semata-mata.
10KM sudahpun berlalu. Hati kami mula risau, katanya 10 KM tetapi macam dah lebih. 

Tiba-tiba ada papan tanda menunjukkan RnR seterusnya lagi 10KM ke RnR Ulu Bernam.
‘ha! 10KM lagi sampai ke tak ni? Tiba-tiba motor ni mati macam mana? Ada ke orang nak tolong waktu macam ni. Hari pun masih gelap.’ hati bermonolog

Tiba-tiba Pah memegang bahu aku.

Pah : jangan risau, teruskan sahaja . Inshaa Allah sempat sampai (jerit Pah dari belakang)

Pah ni macam paham je isi hati aku. Mungkin dia juga mula risau’ aku bermonolog

      Akhirnya dengan kuasa Allah, kami sampai di RnR Ulu Bernam jam 7:30 pagi. Kami terus mengisi minyak. Pengajaran buat kami supaya setiap kali di RnR perlu isi minyak walaupun masih banyak. Semasa sampai di stesen minyak, kelihatan banyak bas sedang parkir semua penumpang memakai baju berwarna ungu. Gayanya seperti ingin ke himpunan tersebut.

Sekumpulan lelaki menaiki motor berkuasa besar sedang mengisi minyak. Mereka memandang tepat ke arah kami. Mungkin pelik agaknya melihat dua orang gadis menaiki motosikal di lebuhraya utara selatan. Mungkin mereka juga ingin ke himpunan itu juga. Kami berlagak seperti biasa walaupun situasi itu sangat janggal.

Alhamdulilah kami meneruskan perjalanan yang memakan masa lagi 45 minit untuk sampai. Matahari juga sudah mula memacarkan cahayanya. Kami sedikit tenang dan bersyukur kerana kami percaya dengan kuasa Allah. Dengan kuasa Allah tiada yang mustahil.
Tepat jam 9:00 pagi kami sampai ke destinasi…..kami melakukan sujud syukur kerana Allah memelihara kami.

         Kami berehat sebentar di rumah sahabat. Ramai sahabat mendoakan keselamatan kami. Mereka juga risau dengan keselamatan kami, ada yang menghalang tetapi apakan daya kami sudah membuat keputusan. 
________
Pada tarikh 18 Febuari 2017 berlangsunglah Himpunan RUU 355 yang ingin memartabatkan hukuman syariah di Malaysia. Kami menyokong kerana seharusnya undang-undang syariah diperkuatkuasakan. Kami berada di sana dari pagi sampai ke malam. Pada malamnya, hujan agak lebat. Tetapi kami mampu tersenyum, senyuman yang puas.
“Allah, andai aku mati, semoga padang
Merbok ini menjadi saksi perjuangan ini. Perjuangan membantu agamaMU”

Kami basah lencun tetapi tidak mampu menggugat pendirian kami. Sudah jauh kemari mana mungkin pulang tanpa apa-apa.

Aku : Pah, kita dah basah lencun

Pah : apalah sangat air hujan ini dengan perjuangan Nabi dahulu. Nabi dahulu pernah dibaling dengan tahi unta, pernah dibaling dengan batu malah ancaman bunuh kepadanya

Aku : hmm..betul juga. Kita masih muda, masih kuat, masa pun masih banyak. Masa sekaranglah kita berbuat untuk Islam.

Pah : baju basah boleh tukar..hehe (masih Nampak senyuman Pah didalam nyalaan lampu yang samar-samar)

Aku :  jangan demam sudah

Pah : inshaa Allah. Aku demam kau ada.

Aku : aih, kau ni senget.
Hahahaaha.
___________

Keesokkannya,tibalah masa untuk kami pulang ke Ipoh, perjalanan bermula jam 3 petang.

Perjalanan pulang di siang hari,
Permandangan yang sebelum ini kelam,
Rupanya sungguh indah,
Bukit bukau yang menyamankan,
Langit kebiruan yang mendamaikan,
Allah hadiahkan aku pelangi,
Senyumanku terukir dibibir..
Wah! Sungguh cantik!
Sesungguhnya perjalanan musafir itu sungguh indah.
Makin Indah jika ia bersama sahabat

aku : Pah, aku akan ceritakan kepada semua orang tentang perjalanan kita ini

Pah : jangan lupa ceritakan pasal aku juga pada anak cucu kau. hehe. "perjalanan musafir sahabat haraki"

aku : inshaa Allah.. aku janji


Sekian ~~

Pengajaran : TAWAKAL bermaksud pengertian tawakal secara istilah adalah rasa pasrah hamba kepada allah swt yang di sertai dengan segala daya dan upaya mematuhi, setia dan menunaikan segala pertintahNya.
Sejauh mana tawakal kita kepada Allah. Tawakal tanpa ragu-ragu itu yang terbaik

Allah berfirman “ dan hanya kepada allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang beriman.” Al Maidah:23


 @budakekechiktarbiah
#budakkechiktarbiah
#BKT

thanks to Yaqut Darwisya(Pah)
from BKT

Tiada ulasan: