Jumaat, 3 April 2015

BERMULANYA AKU DITARBIAH

ASSALAMUALAIKUM WBT. SAHABAT ANA SEKALIAN..selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad saw.

Lamanya x update. Al maklumlah busy dengan jihad ilmu…exam, assignment,test and everything. Alhamdulilah semester 2 bakal melabuhkan tirainya…do u know what? Im so happy..it is not because of semester break but I miss my mum very much…..sape x rindu mak oii..huhu

Ni aku nak citer sal macam mana aku mula2 di tarbiah..ala nak lebih paham dapat hidayah lah.
Haa...citer dari awal la senang,

Pada mula2 Awal baligh, aku still macam budak2..ala xmatang lagi la…masa tu umur 14tahun camgitu la..lupe lorh, ma pun pesan “lepas ni jangan duk tinggal solat la” itulah pesan my beloved mum yang pertama….aku? angguk jela kan. Since, aku darjah 5 lagi aku x pernah tinggal solat…alhamdulilah bersyukur dapat pendidikan agama dr kedua ibubapa…sebab kenapa aku x tinggal solat? Ustazah pernah citer kalau kita tinggal solat mak ayah akan tanggung dosa kita…so, aku fikir, mereka dah besarkan aku dengan susah payah. Nak jaga aku ingat senang ke? Dah la x duk diam, suka sepahkan rumah, suka buat benda yang budak laki buat…haa, kan susah tu. Kalau waktu petang aku hilang tu maknanya aku duk atas pokok maggis la tu…sebab aku sayangkan diorang la aku x tinggal solat.

Masa kat sekolah menengah aku macam budak biasa la. Macam budak sekolah menengah la ape lagi…xkenal tarbiah ni, usrah pun xkenal,..masa duk asrama dulu, nak pegi solat berjemaah fuh liatnya hanya Allah la  yang tahu. Mengaji pun rasa terpaksa… xsuka dgn majlis ilmu, bila ada ceramah terus rasa mengantuk…tu belum dengar ceramah lagi…haha

Satu hari terdetik hati ini nak baca novel Ustazah Fatimah Sharha “cinta high class”…haa mesti korang tau la novel ni. Famous kut, pasti la korang xlepaskan baca novel ni… kan3?
Novel ni aku pinjam dengan sepupu kesayangan aku tu..lepas aku habiskan novel ni aku tahu bahawa indahnya menutup aurat dengan sempurna. Indahnya apabila berada dalam kehidupan ditarbiah.

Start umur 15 tahun aku mula suka dengan orang pakai tudung labuh ni sebab diorang ni wahh nampak ayu sangat. Comel gitu dan nampak lemah-lembut. Aku ada sepupu yang backgroud sekolah agama mostly aku suka tengok diorang..hehe


Masuk form 5, aku cakap kat ma yang aku nak pakai tudung labuh kat sekolah. U know what? My mum was surprised..she speechless… she only nodded. Ma pn buatlah satu tudung labuh utk anak kesayangan dia ni.. sehelai je.

Mula2 pakai ke sekolah kawan2 aku jangan cakaplah diorang pandang pelik kut. Mula2 agak kekok sbb orang pandang kan..kadang2 geram gak sbb bukannya aku pakai tudung saji, atau tudung periuk but its just TUDUNG LABUH… ini sekolah menengah, so pemikiran agak jahiliah skit, amboi ayat kasar…haha…lek2 jangan marah ye budak sekolah menengah sbb aku pn budak sekolah menengah..hik3…. Tapi malangnya, diri ini x istiqamah memakainya..bila pakai baju sukan aku terus tukar penampilan pakai tudung biasa… ye, nak berubah tu senang tapi nak istiqomah tu yang susah..

Al kisah aku join satu program iaitu Jejak Menara Gading di Lata Hujan..program ni utk lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading. Aku excited jugak datang ke program ni sbb ade PU Rahmat !!! hahahaha…tengoklah niat pn dah x betul…budak sekolah menengah kan?

Jejaknya kaki ke program tu maka ramailah fesi dan pelajar yang bertudung labuh malah berniqab pun ada.. I was surprise…firstly rasa macam datang ke pondok nak belajar kitab, Allahu, kolotnya pemikiran aku….sob3

Program berlangsung selama 4 hari..Alhamdulilah bersyukur sangat selama 4 hari aku seolah2 sedar dari mimpi ….
aku tahu tujuan aku hidup untuk apa. Aku tahu matlamat hidup aku untuk apa. Aku kenal usrah. Aku tahu baca al Mathurat. Aku berqiamulail. Aku tahu macam mana nak kejar dunia dan akhirat. Aku suka solat berjemaah. Aku suka pakai tudung labuh. Aku tahu menutup aurat itu indah. Dan aku tahu bahawa niat itu penting. On the spot, aku tajdid niat datang ke program tu LILLAHITAALA.

Aku balik rumah sebagai manusia baru.
Aku balik dengan azam.

Bermula dari itu segala2nya berubah. Aku mula sukakan Usrah terutamanya… aku cuba berkongsi pengalaman aku kepada junior2. Kerana aku tahu mereka juga dahagakan tarbiah. Mulai saat itu, sedikit demi sedikit aku mencari ilmu agama. Ilmu agama yang diajar sekolah adalah sangat sikit… aku mula mendampingi sepupu2ku yang merupakan orang2 yang ditarbiah.

Sepupuku pernah mengajak aku masuk ke sekolah agama masa form 1 tapi aku menolak dengan berbagai2 alasan… antaranya,
Banyak subjek yang kena belajar,
Kena hafal hadis dan tafsir,
Kena ambik SMU dan sebagainya,
Pernah menyesal juga kerana berfikiran cetek dn menolak utk masuk sekolah agama. Tetapi, sekarang aku x pernah menyesal aku masuk sekolah menengah. Kerana disitu aku dengan rela hati untuk ditarbiah…. Malah aku berusaha untuk cari sendiri…
Sejujurnya, bknlah niat nak kutuk sape2/bukan nak kutuk sekolah tapi menurut pemerhatian diri ini kebanyakkan pelajar yg background sekolah agama mula berubah apabila mereka sambung belajar ke peringkat IPT/IPTA. Dari bertudung labuh kini bertudung singkat, couple, tidak lagi terlibat dengan usrah, iktilat yang dahulu dijaga kini makin pupus, pergaulan tidak terbatas lagi….…..dan pelajar dari background sains mereka lebih cenderung untuk mendalami ilmu agama kerana mereka rasa ilmu mereka xckup..mereka perlu tahu dan tahu…sbb mereka rasa rendah diri kerana ilmu sikit that’s why they have to explore.
Jangan sedih, BUKAN SEMUA berubah…malah ada pelajar sekolah agama ini menjadi contoh dan tauladan  buat orang lain. Apabila mereka diluar merekalah Dai dalam mengajak ke arah kebaikan kerana mereka sedar akan tanggungjwb. Merekalah yang menjadi naqibah usrah dan penggerak persatuan islam.

Ini realiti, wahai sahabat iman itu bukan dari mana kita sekolah tapi bagaimana kita menjaganya dan meningkatkannya…

Apabila jejaknya kaki ke alam universiti ini, target utama aku ialah CARI PERSATUAN ISLAM. Alhamdulilah sekarang aku terlibat dengan Persatuan Rakan Masjid yang kini banyak mengubah hidup aku.. aku mula mendapat ramai sahabat2 yang pastinya sama2 ingin merebut Redha Allah..

Itulah perkongsian hidup aku…
panjang pulak aku membebel. sekadar itu sahaja yang baik itu datang dr Allah yang buruk itu datang dr kelemahan diri sendiri..
 kejarlah dunia seolah2 kamu akan hidup selama2nya, kejarlah akhirat seolah2 kamu mati esok –IMAM SYAFIE


Fb :hanis al wahab









Tiada ulasan: