Rabu, 24 September 2014

Kehidupan tak semudah dibayangkan……




Assalamualaikum sahabatku sekalian,,, 


update blog sikit sementara ada masa…alhamdulilah semester 1 bakal melabuhkan tirainya, dan aku bergelut dengan peperiksaan menentu kejayaan…

Haru biru, kelam kabut, dan gundah gulana menghantuiku, hanya yang maha Esa sebagai peneman, tikar sejadah menjadi sahabat….

No wonder, bila nk exam kelam-kabut..yelah, study last minute mmg cmni (jangan dicontohi)..baru habis test dah exam final sem1.

BILA KAMU TAK TAHAN PERITNYA BELAJAR,
MAKA KAMU AKAN MENANGGUNG PERITNYA
KEBODOHAN…
(IMAM SYAFIE)

Ku selalu pegang kata2 ni sehingga aku mati, menuntut ilmu adalah satu ibadah yang sgt besar pahalanya. Xkira bidang ape pun yang kamu ceburi…
menuntut ilmu dunia jangan sampai akhirat kamu tinggal. 

Sungguh kamu manusia yang rugi jika kamu meninggalkan akhirat. 
Seimbangkan dunia dan akhiratmu… 
hadirkan diri ke majlis ilmu, usrah, halaqah, dan tazkirah…cari majlis ilmu..


wahai org yg beriman, berikanlah kelapangan ke majlis2 ilmu,
Nescaya Allah akn mmberikan kelapangan untukmu….”
(surah Al mujadalah ayat 11)



Jika kita luangkan masa untuk Allah, Allah akan luangkan masa untuk kita… walaupun kita study last minute krn kita banyak hadirkan majlis2 ilmu, in shaa Allah , Allah permudahkan kita untuk ingat dan faham…


ILMU ITU IBARAT SEPERTI AIR... JIKA IA TIDAK BERGERAK,
MENJADI MATI LALU BERBAU BUSUK
(IMAM SYAFIE)


Itulah perkongsian ape yang aq tahu…

APA YANG KITA BUAT BELUM TENTU ORANG FAHAM…. TETAPI DIA YANG ESA LEBIH MENGETAHUI


Byk perkara berlaku sejak 2, 3 hari ni…
Dalam persahabatan pastinya ada suka dan duka, pahit dan manis,

Begitulah juga aku…lama aku perhatikan kita ibarat roda kdg2 kita di atas kdg2 kita dibawah, apa yg perlu kita buat bersedia untuk berada di bawah dan tabah mengharunginya….

Kadang2 kita rasa orang tak betul, tapi sebenarnya kita lah yang banyak silapnya…

Kadang2 kita selalu cari salah org, tetapi sebenarnya kita yang banyak salah,

Kadang2 kita niat kita nak menasihati tapi org sudah menganggap salah…

Tetapi ujian kita x seberat Rasulullah, Rasulullah dihina, dicaci dalam menyampaikan dakwah..

kita pon perlu jadikan Rasullulah sbg qudwah tu hasanah iaitu contoh teladan yang terbaik…..

jangan pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah dn mengajak kearah kebaikan…

Tabahkan hati walau org membenci kita, sudah lumrah kehidupan benda yang baik org susah nak terima..

Kita jangan pula jadi sombong dan susah menerima nasihat…. Walau tinggi mana pangkat kita, tinggi mana ilmu kita, jika ada yang menegur terimalah dgn hati terbuka… kerana kita pasti akan kembali kepadaNYa….



Semoga dgn perkongsian ini kita sama2 dpt memperbaiki diri.in shaa Allah…
Salam ukhwah salam persahabatan
Assalamualaikum wbt….