SAHABAT SAMPAI
SYURGA
Kaki melangkah masuk ke uitm Puncak Alam,
semester 2. Setiap sem pelajar2 uitm diploma dan degree peru daftar masuk kolej…..
Fikiranku mula menerawang siapalah roomate aku? Sapelah
housemate aku?
Di dalam lubuk hati aku selalu doakan agar Allah
hadirkan aku dengan orang2 yang baik. Aku orang yang baru nak istiqomah dalam
penghijrahan memerlukan orang2 yang dapat membantu dalam penghijrahan ini. Kalau
yang suka berfoya-foya, kaki wayang, solat terhuyung hayang, lepak dan
sebagainya kemungkinan aku juga terpengaruh. Nauzubillah.
Aku dan kawan-kawan ape lagi plan la nak duk
sekali satu rumah. bukan main lagi beratur panjang…akhirnya tak dapat duduk
sekali jugak… so frustrated!
Aku masuklah ke dalam rumah yang dah ditetapkan.
Kelihatan beberapa orang akak degree yang dah memang menginap dalam rumah tu. Dengan
perasaan segan dan sedih(sebab xdpt duduk sekali dengan kawan-kawan) aku pun
bagi salam…
Ada seorang akak comel senyum saje kat aku dan
tanya “pelajar diploma ye” lembut orangnya. Akak degree farmasi.
Aku jawab “ha’ah kak, saya hanis” . kami
berkenalan dan bersalaman. Namanya Hafizah.
Aku masuk ke bilik sebelah , sebelum tu bagi
salam la….takkan main redah je kan..kelihatan akak yang sedang study menoleh ke
belakang , cantik orangnya menjawab salam dan menyambut salaman aku. Kami berkenalan
, namanya Hasmira. Aku panggil kak Mira juga kos farmasi merupakan classmate,
bedmate,coursemate kak Hafizah. Terpanjang lah pulak.huhuhu
alhamdulilah dapat roomate ya Allah baik dan
sopan orangnya. Peramah juga. Dia setahun dari aku. Berasal dari Sabah.
Selepas beberapa hari, aku buat hal aku sendiri
la kan, tak mesra lagi. Poyo jadi pemalu la ‘sgt’ hipokrit tak? Haha… ada la
kwn aku sama batch tetapi berbeza kos dalam rumah tu. Aku borak dengan dia
jela.
Suatu hari, aku nak solat subuh. Kak Mira datang
ketuk pintu bilik ”hanis dah solat
subuh? Jom solat berjemaah”
Aku cakap “belum. Jom” aku sertai kak Mira dan
Kak Fizah solat berjemaah. What do u
think? Im so touching. masyaAllah, Allah makbulkan doa aku..terima
kasih..inilah suasana yang aku nak.
Bermulalah ukhwah yang terbina.
Nak dipendekkan cerita, aku sememangnya aktif
dalam Persatuan Rakan Masjid(PRM) dan ada memegang jawatan ……..(xboleh cakap
nanti riak).hahaha. Kebetulan pula akak Mira dan Kak Fizah ahli PRM juga. aku dan kawan aku Shera bertemu
mereka sewaktu Annual Dinner PRM. Cara pemakaian mereka pastinya mengikut
syariat. Borak dan bergurau merapatkan lagi ukhwah. Maka ukhwah makin bertaut
erat.
Alhamdulilah sejak penghijrahan aku, banyak
perkara yang telah berubah. Aku bersyukur sangat Allah hadirkan sahabat2 yang
baik. Dengan penglibatan aku dalam PRM aku mendapat ramai sahabat yang sehaluan
merebut Mardhotillah.. merupakan matlamat utama. Mereka jualah yang membantu
aku serta menasihati aku tatkala iman aku mula jatuh…mereka selalu mengajak aku
ke majlis ilmu, halaqah, dan usrah. Orang kata bila masuk U mesti tudung kat
kepala entah kemana. Eh, its depend on our own how to manage our iman. Bila kita
niat nak berubah menjadi lebih baik ALLAH pasti permudahkan jalan kita. Allah
hadirkan sahabat2 yang baik.
Apa yang hanis merapu dalam blog ni? Apa kaitan
dengan tajuk?
Eh. Sabarlah…kalau xde muqodimah kang korang tak
faham..
Ape yang aku belajar dari kisah mereka berdua ialah
PERSAHABATAN LILLAHITAALA.
Hampir setiap waktu solat mereka akan berjemaah
dalam bilik. Mendoakan antara satu sama lain. Kadang2 aku sertai mereka atau
mereka datang ajak aku. Pernah aku tidur bersama Kak Fizah sbb aku takut tidur
sorang, huhuhu dan hampir setiap waktu solat kami akan berjemaah.
Berdasarkan kisah yang dikongsi mereka, Sejak
dari mereka diploma semester 1 sehingga ke peringkat degree mereka masih
bersama…jika bersahabat atas dasar taqwa pasti hubungan itu takkan putus.
Mereka dah pun graduate sama2 ….wah!
Lepas subuh aku selalu intai dalam bilik
mereka. Banyak perkara yang aku belajar, lepas subuh mereka takkan tidur. Apa yang
mereka buat? BACA AL QURAN…..tunggu sampai Dhuha
Masa study mereka study , tapi kewajipan
dan masa untuk yang Maha Esa mereka takkan lupakan.
Mereka juga luangkan masa dalam
berpersatuan untuk menyebarkan dakwah. Mereka juga adalah naqibah usrah.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, sedih
bila mereka dah keluar dari rumah untuk cuti sem.. waaaa~~ tak dapat duk sekali
dah… ukhwah itu bukan terbina berapa lama kita berkawan tapi niat kita pasti Lillahitaala.
Nak dapat housemate macam mereka lagi….. mereka menunjukkan contoh dan tauladan
yang baik dan itu merupakan satu dakwah yang utama.. banyak sangat perkara yang
aku belajar….walau sekejap je pertemuan ini.
Sahabat itu umpama minyak wangi, bila bersamanya
kita turut akan berbau wangi.
Kalau dahulu, di zaman nabi dan para sahabat,
mereka boleh mengikat hati-hati mereka dengan ikatan ukhwah Islamiah,
tetapi kita sekarang, walaupun seakidah
masih lagi sukar untuk mencari sahabat sejati.
Ini realti, kenapa aku tulis
kisah yang xseberapa ni ke dalam blog sebab amat susah mencari sahabat seperti
ini di zaman ini. Bagi sesetengah orang mereka tidak dapat merasai manisnya
berukhwah….kita berkawan bukan sekadar kawan pastinya matlamat utama
bersama-sama melangkah ke syurga…
Hadis Rasulullah
diriwayatkan oleh imam Ahmad menjelaskan yang bermaksud “ sesungguhnya ikatan keimanan
yang paling kuat adalah engkau mencintai kerana Allah dan engkau membenci
kerana Allah”
Cukup sudah membebel panjang lebar ni. Aku harap
dari perkongsian ini kita dapat ambil iktibar. Ambik yang jernih buang yang
keruh. Yang baik diikut yang buruk sebagai pengajaran. Perkongsian ini bukan
untuk riak atau sebagainya pastilah mengajak kita semua supaya berkwan atas
dasar taqwa dan kerana Allah pastinya…
KEEP CALM ALLAH WITH US
SALAM UKHWAH HANIS AL WAHAB
Twitter:hanis al wahab
Fb: hanis al wahab