DOSA MATA DAN MULUT
السلام عليكم ورحمة الله وبركته.
Lama xupdate nak la update sikit..
Bila baca je tajuk atas mesti korang akan kelaskan dosa tersebut kepada:
Dosa Mata - lelaki
Dosa Mulut - perempuan
Ya, sememangnya betul. Perempuan masuk neraka kerana mulutnya, dan lelaki masuk ke neraka kerana matanya.
First of All, nk cakap sal DOSA MULUT Lidah merupakan salah satu anggota bdn yg paling mudh utk melakukan kejahatan.
Dosa mulut familiar dgn MENGUMPAT, Mengutuk, memaki, dan mengherdik.
"wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan krn sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan org, dan sebahagian kamu mengumpat sebahagian lain...." 49:12
Rasulullah mentakrifkan mengumpat sebagai "engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya meski hal itu benar terdapat pada dirinya" HR MUSLIM
Wanita ni kan, paling payah nk jaga mulut sbb apa sbb best bercakap pasal org ni. ditambah pulak dgn perisa hasutan syaitan dan geng yg sekepala. Kalau brckp pagi smpai petang tajuknya ialah "ceritakan keburukan orang. Jumlah patah perkataan tiada had" fuhhh..wanita dpt menjuarai karangan bahasa melayu.
Kalau bertemu xde topik lain nak dibincangkan mesti akan masuk jugak cerita sal orang. Org kaki mengumpat ni mudah melihat kesalahan dan keaiban orang. Dia akan jadikan keaiban org sbg topik utama... nauzubillah kita jgn jadi mcm ni.
Xperlu cari kesalahan org sedangkan dosa pd diri kita pun xterkira. Okay kita buat analogi. Suatu hari, kita sedang brjalan sesorang kemudian kita ternampak sekelompok kwn kita sedang berborak. Kita cuba curi dengar akan perbualan mereka.
Ternyata mereka sdg berkata tentang kita malah tentang keburukan kita kpd org ramai . Apa jadi? Agak2 sakit hati x? Remuk, hancur,berkecai, ... sedih kan? Kita cuba sembunyikan keburukan kita tp akhirnya kwn kita menjadikan keburukan kita sbg topik perbualan..dan akhirnya hubungan silaturahim retak.
MENGUMPAT TERMASUK DOSA BESAR. HUKUMNYA HARAM. justeru Mukmin harus berhati hati dgn percakapannya. muslim yang bertaqwa pasti menjaga lisannya daripada berbicara perihal orng lain, lebih -lebih lagi tentang keburukannya.
Hadis Lain, Rasulullah merungkaikan kekeliruan "sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah menfitnahnya" HR MUSLIM
Imam an Nawawu ra telah menukilkan sebuah syair dlm Al Azkar
"Jagalah lidah kamu wahai manusia,jgnlah kamu dipatuk,sesungguhnya ia adalah ular"
Lidah ni tajam lebih tajam dari mata pedang. Kita menghina seseorang, si dia akn ingat hinaan kita sampai bila2. astaghfirullah...
Seandainya org yg kita hina,dan umpat tdk memaafkan kita? Mampukah kita mencari mereka di padang mahsyar nanti?..
Kerana lidah badan binasa, hidup ni bagai roda.dn Allah maha adil. Sekali kita menghina org, Xmustahil suatu hari nanti kita akan dihina malah lebih teruk.
Allah berfirman surah Qaf:18
"tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya melainkan ada pada sisinya malaikat pengawas yg sedia (menerima dan menulisnya)"
Ingat pembalasan Allah ada..azab yg pedih telah disebut dlm al Quran. Orang yg memakan daging saudaranya (mengumpat),org yg mencakar2 belakang badan dan mcm2 lagi.. diceritakan sewaktu israk mikraj Rasulullah saw.
Jadi, marilah menggunakan kurniaan mulut ini dgn sebaiknya. Tak ada perkara yg nk dibualkan malah lebih baik diam. Banyakkan berzikir sperti bertahmid,bertasbih dan istighfar.
Ucapkanlah perkara yg baik2 sesungguhnya prckpan kita mencerminkan perwatakan dan akhlak kita.
Alangkah baiknya jika kwn kita berdamping dgn kita mereka akn tenang krn kita mengucapkan perkataan yg baik2. Setiap perkataan kita pasti memuji Allah dan berunsurkan nasihat..indahnya!
Sampai sini sajalah..nanti sy smbung lagi...assalamualaikum
Fb:hanis al wahab
Rjukan : buku tarbiyyah ruhiyyah
MAJALAH SOLUSI