Sabtu, 20 Jun 2015

TERLEKA DENGAN PENTAS DUNIA

di saat ku menghela nafas kebosanan,
ku buka alunan nasyid,
ku ikut rentak dan lirik bersama,
hatiku cuba memahami setiap maksud,
alangkah....aku tersentap sendiri..
Lirik itu benar2 mengetuk jiwaku,
aku berhenti seketika beristighfar
.
disaat kita terleka di pentas dunia,
sedangkan ajal makin mendatang,
jika masa kita habiskan untuk tidur maka rugilah
kerana tidur membazirkan umur,
Wahai penggemar katil, banyaknya kamu tidur,
Sesungguhnya selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!
(Dr.A’idh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam LA TAHZAN)

Kita, terleka dengan dunia,
Bantal dan katil yang empuk,
Makanan dan minuman yang banyak,
Sehingga kita membazir,
Kita, terleka dengan dunia,
Dengan telefon dan teknologi,
Kita bongkak!
Dengan kereta dan rumah yang besar
Kita sombong!
Dengan pakaian dan kasut yang cantik,
Kita riak!

Sedangkan rumah kita adalah liang lahad,
Sedangkan pakaian kita adalah kain kafan,
Sedangkan kenderaan kita adalah keranda,

bersujudlah pada Allah meminta keampunan..
Sedangkan kita pendosa tanpa noktah..



BUKAN SATU TASRIFAN TAPI SATU TAKLIFAN

Ini bukan satu tasyrifan tapi satu taklifan... .
Sememangnya aku tdk layak utk jawatan ini ,
Apalah yg aku ada,
Jika hendak dibandingkan ilmu yg aku ada hanya secebis cuma,
Yang aku ada adalah pengalaman dan tenaga yg boleh aku sumbangkan.
.
Sedangkan ada yg lebih layak utk ini.
Amanah ini sungguh berat utk ku pikul.
Jika kerana jwtn aku makin jauh dgn Allah maka jauhkanlah
Jika kerana jwtn aku makin dekat dgn Allah maka dekatkanlah.
.
Sungguhpun bkn jwtn matlamat utama,
Sedangkan mereka yg tdk berjawatan melakukan kerja dakwah lebih ikhlas.
Semoga tahap pencapaian ikhlas dapat dicapai bersama dalam "mewujudkan bi'ah solehah" .
Dengan ini, aku bersedia memikulnya...
.
Hasbunallah wani'mal wakil.

#budakkechiktarbiah