[cerpen
ini diadaptasi daripada kisah benar]
Sedang
aku termenung di tingkap, aku memandang Pah, tekun menyiapkan kerjanya. Jam
menunjukkan pukul 4:55 petang. Orangnya tidak suka bertangguh, dia cuba
menyiapkan kerjanya sebelum balik.
Aku
: Pah, dah lah tu buat kerja. Nak balik dah ni. Kemas cepat
Pah
: sikit lagi sikit je…(tangan Pah masih lagi laju menulis, aku hanya memandang
gelagatnya yang sedikit kelam-kabut)
Aku
: cepat la, lambat la kau ni. Aku tinggal kang baru tahu
Pah
: tunggu la dulu. Sikit lagi. Diam kejap boleh tak
Aku
: cepat ah, lambat betul. (sengaja aku melakukan provokasi)
Pah
: aish… (Pah mengeluh)
Aku
tersenyum melihat gelagatnya yang kelam-kabut. Muka dia dah masam mencuka.
Aku
: weh, 18 Febuari ada Himpunan RUU 355.
Pah
: hmmm…
Aku
: nak pegi naik apa?
Pah
: entah. Weh, kau ni, aku dah la lambat, kau pulak ajak borak pasal ni. Malam
karang kita bincang
Aku
: yela senget.hehe
Memang
hobi aku menyakat Pah. Hari-hari la aku sakat. Sahabat yang sabar melayan sifat
nakal aku ni. Kadang-kadang aku selalu kena marah , ala…marah sayang.. hehe
___________
Lepas
solat isyak berjemaah , aku ke katil Pah bagi membincangkan hal petang tadi.
Aku menunggu Pah siap menghabiskan bacaan al Qurannya. Memang rutin harian
membaca al Quran wajib dibaca walau sibuk mana pun bekerja kerana al Quran
bakal menjadi hujah kepada manusia di akhirat kelak. Selain itu, al Quran menjadi
cahaya di alam barzakh.
Pah
: sadaqollah hul aziim…..(dia memandang aku yang terbaring di sebelah) haa…ni datang
bertenggek kat aku ada la benda nak cakap ni.
Aku
: hehehe.. mestilah. Pasal tadi
Pah
: Himpunan tu ke?
Aku
: ha’ah, sekarang aku ada masalah kewangan la nak naik bas ke sana. Tapi aku nak
sertai
Pah
: aku pun. Duit pun ada sikit untuk makan bulan ni. Nak naik apa ea?
Aku
: naik motor nak?
Pah
: seriously ? are you kidding? Jauh weh. Hampir 250KM kut ke sana. (Pah
terkejut)
Aku
: tapi kalau dengan izin Allah tak mustahil (aku tersengih cuba meyakinkan Pah)
Pah
: kau tak takut ke jadi apa-apa?
Aku
: takut tu memang lah takut.
Pah
: hmm… kalau macam tu kita pergi servis motor esok lepas kerja
Aku
: hah? Macam mana kau tiba-tiba nak pergi ni?
Pah
: haha…masa ni la kita uji kebergantungan kita kat Allah. Tak beriman seseorang
itu tanpa diuji. Lagipun, bermusafir ni banyak pahala.
Aku
: haa… baik al fadilah ustazah Pah. (hehe)
__________
Selepas
dari kerja, kami ke bengkel motor. Kami berdua buta ilmu pasal motor jadi kami
hantar sahaja ke bengkel. Setelah Uncle Lee memeriksa motor kami, rupanya hanya
tayar kurang angin, lalu dipam. Tiada bayaran diminta oleh Uncle Lee. Hal
pertama yang Allah permudahkan.
Sampai
sahaja di rumah, kami mencuci motor.
Irah
: korang kenapa bersungguh sangat cuci motor ni?
Pah
: kami nak gi KL esok
Irah
: haa?? Dengan motor? Biar betul
Aku
: betul la. Ingat kami main-main
Irah
: weh, jangan buat kerja giler
Aku
: dah gila dah pun. Hahaha. Ok, melawak je.
Irah
: suka hati la. Hati-hati (dia berlalu menyiapkan masakannya di dapur, mungkin
malas agaknya melayan kerenah kami)
Irah
merupakan kawan serumah kami. Kami baru sahaja menyewa rumah di Ipoh dan ramai
kawan-kawan serumah yang baru kami kenal. Aku dan Pah kenal hampir 3 tahun.
Kami kenal juga melalui usrah di kampus dulu. Mula rapat sejak bekerja sekali.
Aku
: Pah, muktamad dah ke keputusan ni?
Pah
: hmmm (jawab selamba dari Pah sambil tangannya laju mencuci motornya)
Aku
: kau tak takut ?
Pah
: takut tu memang la. Kau yakin ke? Kalau jadi apa-apa kat kita macam mana?
(mukanya terpancar kerisauan)
Aku
: kalau mati pun syahid kecil sebab niat bantu Islam
Pah
: kalau
kau yakin aku yakin. Aku memang bergantung kat Allah je ni. dan Allah pernah
berfirman “kepunyaan allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan
kepada-Nyalah di kembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan
bertawakalah kepadaNya . dan sekali-sekali tuhanmu tidak lalai dari apa yang
kamu kerjakan”
Macam biase dalil al Quran
diberikan. Segala hujah dan percakapannya memang tidak lari dari dalil dan
hadis. Pasti akan terselit juga walau sedikit. Kadang-kadang nak tenang suruh
je Pah tazkirah..haha…
Aku
: sebelum bertolak esok kita solat hajat dulu. Pukul 4 pagi kita bertolak
Pah
: okay…. Nanti charge powerbank,
telefon pastikan bateri penuh
Mungkin
bagi lelaki menunggang motosikal beratas-ratus kilometer itu biasa tetapi bagi
kami ia luar biasa. Malah, kami tidak berkonvoi. Hanya kami berdua dan
mengharapkan kebergantungan pada Allah . kami juga tiada ilmu tentang
permotoran. Jika berlaku sesuatu pada motor tidak mungkin kami dapat membaikinya
walaupun itu hanyalah tayar pancit.
_________
PERJALANAN
BERMULA.....
Jam
menunjukkan pukul 4:10 pagi. Setelah selesai solat hajat, doa dipanjatkan agar
perjalanan kami selamat sampai dan dipermudahkan. Kami bersiap memulakan
perjalanan. Kami membawa roti dan air untuk mengalas perut kami. Kami turut
mengisi minyak petrol di dalam tangki dan botol kosong. Kami memulakan
perjalanan. lokasi dari ‘google map’
menunjukkan sejauh 210KM perjalanan. fuhh.. jauh juga
Cuacanya
agak baik. Alhamdulilah.
Perjalanan
yang sangat mencabar. Badan kami melawan kesejukan, kami mula menggigil. Baju
sejuk yang dipakai kami seakan-akan tidak membantu. Angin sejuk mencucuk tulang
belulang.
Baru
kami sedar selalunya konvoi motosikal berkuasa besar mereka pakai baju yang
sangat tebal serta penutup muka. Kami mula memasuki lebuhraya utara selatan,
jantung mula berdegup kencang , tangan dan kaki mengigil kesejukan dan
ketakutan.
Disebabkan kami tidak memakai penutup muka atau kain, dada mula rasa
sakit sedikit. Aku mendengar Pah tidak putus-putus membaca ayat seribu dinar
dan berzikir.
Pah
: okay ke tak ni ! (jerit Pah dari belakang setelah lama aku senyap sambil
tangannya menyentuh bahu aku.
Aku
: okay ! (aku mengangguk perlahan)
Pah
: kalau penat kita tukar !
Aku
: dekat RnR kita tukar ! (jerit aku dari depan)
Jalan
sangat gelap. Jalan hanya diterangi dengan lampu motor kami. Di sekitar kami
sangat gelap gelita. Kami ditemani dengan lori-lori besar, agaknya lebih dari
10 buah lori dan kami berjaya potong.
Pesan abang Pah , di jalanraya jauhkan
diri dari lori, ikut jauh atau potong kerana lori banyak kawasan titik buta
pada cermin, kemalangan juga boleh berlaku disebabkan pemandu lori tidak nampak
motosikal di belakangnya.
Jam
menunjukkan pukul 5.20 pagi, masih awal untuk solat subuh. Jadi kami berehat
sebentar dan ke tandas. Masa untuk menukar pemandu. Kali ini Pah yang bawa.
Pah
: nak isi minyak tak ?
Aku
: next RnR la. Banyak lagi minyak ni.
Pah
: next kat mana?
Aku
: maybe 20-20KM lagi (dengan yakinnya aku bagitahu, walaupun aku sendiri yang
mengagak)
Pah
: okay. Jom. Bismillah
Dengan
‘bismillah kami melangkah’ cehh. Macam lagu..hehe..
Kami
meneruskan perjalanan kerana perjalanan masih lagi berbaki 160KM lagi.
Selepas
30 minit perjalanan, aras minyak petrol dah menunjukkan tanda ‘E’. RnR yang aku
janjikan masih tiada lagi. Kami berhenti di tepi jalan bagi mengisi petrol yang
masih berbaki di dalam botol. Hanya itu
sahaja petrol yang kami ada.
Paras
minyak petrol meningkat sedikit. Kami meneruskan perjalanan lagi. Maka kami
tiba di RnR Behrang. Seperti tadi minyak di paras ‘E’. kami mencari stesen
minyak di RnR Behrang, malangnya stesen minyak RnR Behrang dibaik pulih.
Ingin
sahaja bertanya kepada orang disekeliling tetapi melihatkan sekumpulan lelaki
sedang menghisap rokok, seakan-akan membahayakan diri pula maka kami batalkan
sahaja niat kami.
Telefon
pintar kami menunjukkan stesen seterusnya lagi 40KM. kami sememangnya sangat
risau. Minyak yang diparas ‘E’ tidak mampu sampai untuk 40KM. Hanya Allah
sahaja tempat kami bergantung.
Aku
: Pah, stesen minyak tengah renovate ni..
camne? Cuak
Pah
: alahai…camne ni?
Aku
: dah pukul 6:40 pagi ni. Solat subuh dulu la, jom cari surau. Nanti call Plusline
Puas
kami mencari surau , yang ada hanya tandas. Hati kecewa juga. Apa boleh buat
kami ambil wuduk di tandas.
Pah
: solat kat mana ni? Takde rupa surau
pun
Aku
: aku nampak macam pondok kecik kat
tepi sana tu.
Pah
: okay jom. Pakaian kita pun boleh solat dah ni.
Kami
berjalan ke arah pondok seakan tempat berehat. Kelihatan ada sejadah
disediakan. Peristiwa kedua Allah permudahkan.
Aku
: wah, ada sejadah la (aku terus mencapai sejadah yang terlipat disana,
seolah-olah Allah telah memudahkan urusan kami)
Pah
: weh, orang kat sana pandang kita
(jari telunjuknya mengarah ke arah orang yang sedang berehat di tempat parkir)
Aku
: haha..biar lah nak pandang ke tak. Masalah sekarang ni, subuh kita dah lewat.
Pah
: yela udang pendek. Cepat ah jadi imam.
Aku
: aku pulak. Kau lah !
Masing-masing
menolak antara satu sama lain. Akhirnya Pah mengalah dengan budak kecik..haha..
Seusai
solat, doa dipanjatkan agar kami mampu sampai ke destinasi seterusnya. Perasaan
hiba menyelubungi. Entah kenapa hati berasa amat tenang walaupun sedang
menghadapi masalah. Suasana sejuk dikelilingi hutan menambahkan lagi rasa cinta
pada Sang Pencipta Alam. Dengan suasana yang masih gelap kami menghubungi
Plusline.
Aku
: diorang cakap lagi 10KM ada stesen minyak.
Pah
: sempat ke ?
Aku
: entahlah. Kalau ikutkan macam tak sempat. Tapi tak mustahil dengan kuasa
Allah.
Pah
: inshaa Allah
Kami
tak berani untuk melihat minyak di dalam tangki kerana risau kami akan
bergantung pada minyak yang kami ada. Sepatutnya bergantung pada Allah
semata-mata.
10KM
sudahpun berlalu. Hati kami mula risau, katanya 10 KM tetapi macam dah lebih.
Tiba-tiba
ada papan tanda menunjukkan RnR seterusnya lagi 10KM ke RnR Ulu Bernam.
‘ha! 10KM lagi sampai
ke tak ni? Tiba-tiba motor ni mati macam mana? Ada ke orang nak tolong waktu
macam ni. Hari pun masih gelap.’ hati bermonolog
Tiba-tiba
Pah memegang bahu aku.
Pah
: jangan risau, teruskan sahaja . Inshaa Allah sempat sampai (jerit Pah dari
belakang)
‘Pah ni macam paham
je isi hati aku. Mungkin dia juga mula risau’ aku bermonolog
Akhirnya dengan kuasa Allah, kami sampai di RnR Ulu Bernam
jam 7:30 pagi. Kami terus mengisi minyak. Pengajaran buat kami supaya setiap
kali di RnR perlu isi minyak walaupun masih banyak. Semasa sampai di stesen
minyak, kelihatan banyak bas sedang parkir semua penumpang memakai baju
berwarna ungu. Gayanya seperti ingin ke himpunan tersebut.
Sekumpulan
lelaki menaiki motor berkuasa besar sedang mengisi minyak. Mereka memandang tepat
ke arah kami. Mungkin pelik agaknya melihat dua orang gadis menaiki motosikal
di lebuhraya utara selatan. Mungkin mereka juga ingin ke himpunan itu juga. Kami
berlagak seperti biasa walaupun situasi itu sangat janggal.
Alhamdulilah
kami meneruskan perjalanan yang memakan masa lagi 45 minit untuk sampai. Matahari
juga sudah mula memacarkan cahayanya. Kami sedikit tenang dan bersyukur kerana
kami percaya dengan kuasa Allah. Dengan kuasa Allah tiada yang mustahil.
Tepat
jam 9:00 pagi kami sampai ke destinasi…..kami melakukan sujud syukur kerana
Allah memelihara kami.
Kami berehat sebentar di rumah
sahabat. Ramai sahabat mendoakan keselamatan kami. Mereka juga risau dengan
keselamatan kami, ada yang menghalang tetapi apakan daya kami sudah membuat
keputusan.
________
Pada
tarikh 18 Febuari 2017 berlangsunglah Himpunan RUU 355 yang ingin memartabatkan
hukuman syariah di Malaysia. Kami menyokong kerana seharusnya undang-undang
syariah diperkuatkuasakan. Kami berada di sana dari pagi sampai ke malam. Pada malamnya,
hujan agak lebat. Tetapi kami mampu tersenyum, senyuman yang puas.
“Allah, andai aku
mati, semoga padang
Merbok ini menjadi
saksi perjuangan ini. Perjuangan membantu agamaMU”
Kami
basah lencun tetapi tidak mampu menggugat pendirian kami. Sudah jauh kemari
mana mungkin pulang tanpa apa-apa.
Aku
: Pah, kita dah basah lencun
Pah
: apalah sangat air hujan ini dengan perjuangan Nabi dahulu. Nabi dahulu pernah
dibaling dengan tahi unta, pernah dibaling dengan batu malah ancaman bunuh
kepadanya
Aku
: hmm..betul juga. Kita masih muda, masih kuat, masa pun masih banyak. Masa sekaranglah
kita berbuat untuk Islam.
Pah
: baju basah boleh tukar..hehe (masih Nampak senyuman Pah didalam nyalaan lampu
yang samar-samar)
Aku
: jangan demam sudah
Pah
: inshaa Allah. Aku demam kau ada.
Aku
: aih, kau ni senget.
Hahahaaha.
___________
Keesokkannya,tibalah
masa untuk kami pulang ke Ipoh, perjalanan bermula jam 3 petang.
Perjalanan pulang di siang hari,
Permandangan yang sebelum ini kelam,
Rupanya sungguh indah,
Bukit bukau yang menyamankan,
Langit kebiruan yang mendamaikan,
Allah hadiahkan aku pelangi,
Senyumanku terukir dibibir..
Wah! Sungguh cantik!
Sesungguhnya perjalanan musafir itu sungguh indah.
Makin Indah jika ia bersama
sahabat
aku : Pah, aku akan ceritakan kepada semua orang tentang perjalanan kita ini
Pah : jangan lupa ceritakan pasal aku juga pada anak cucu kau. hehe. "perjalanan musafir sahabat haraki"
Sekian
~~
Pengajaran
: TAWAKAL bermaksud pengertian tawakal secara istilah adalah rasa pasrah hamba
kepada allah swt yang di sertai dengan segala daya dan upaya mematuhi, setia
dan menunaikan segala pertintahNya.
Sejauh
mana tawakal kita kepada Allah. Tawakal tanpa ragu-ragu itu yang terbaik
Allah berfirman “ dan
hanya kepada allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang
beriman.” Al Maidah:23
@budakekechiktarbiah
#budakkechiktarbiah
#BKT
thanks to Yaqut Darwisya(Pah)
from BKT