Coretan buat Du'aat 19/7/15
Aku baru sahaja terlibat dalam satu dan baru dpt merehatkan badan.
Telah aku perhatikan sekian lama, kita sebagai Daie hanya lantang bersuara di alam kampus sahaja.
Kita hanya tahu bergerak kerja dalam persatuan kampus sahaja. Apabila diberi tugasan program luar maka byklah alasan diberi. Komitmen pula entah kemana. Kalau di kampus dia lah paling kuat dakwahnya, paling rajin bergerak kerja dlm program tanpa disuruh sudah hulur tangan.
Dakwah hanya di kampus sahaja? Sedangkan realiti kehidupan sebenar, kita umpama syabab yang malap. Dakwah itu bukan hanya di kampus tetapi di mana2 sahaja.
Mungkin, di alam kampus kita berjawatan kita rajin berdakwah. Seolah2 kitalah daie terbaik.. semua pandang... Apabila diluar kita malas, dengan harapan orang lain dah buat. Jawatan ke yang kita buru?
Macam mana panji2 islam ingin bangkit? dengan sifat assabiah dalam diri masih tebal?. Jgn kita mahasiswa kita tidak mahu masuk dalam masyarakat luar. Dakwah itu menyeluruh.
Aku menyeru wahai du'aat ubahlah mentaliti ini utk kita bangkit sebagai syabab pejuang agama!
#budakkechiktarbiah
#diariAlWahab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan